Dunia Saya 〰 Jahitan

Showing posts with label Booth Jualan. Show all posts
Showing posts with label Booth Jualan. Show all posts

Sunday, March 19, 2017

Car Boot Sale - Kota Damansara

Teks dan foto - nelly sofni azmi



Assalamualaikum semua....

Hari ini 19 Mac 2017 (Ahad) saya berada di jualan dari but kereta di Kota Damansara pula. Macam biasalah saya memang suka berniaga walau di mana pun Insyallah panas pun ok je 😁

Di sini seawal pukul 6.30 pagi sudah ada pengunjung yang datang membeli. Waktu buka secara rasmi adalah pukul 7 hingga 11 pagi.

Berniaga di sini adalah berdasarkan siapa cepat dia punya tapak, jadi haruslah bangun awal. Tapi kan walau di mana pun kita berniaga memang kena awal sebab menjemput rezeki awal pagi kan baik ❤❤

Nak tahu saya jual apa? Ha kat tempat-tempat yang berjualan dari bonet kereta, saya menjual barang terpakai yang masih elok dan berfungsi.

Ada beg, kasut, stroller bayi, mainan, barang yang antik dan koleksi yang diminati ramai. Terima kasih buat semua pelanggan kami yang budiman 👍❤

Jom belek-belek 👍😊




Stroller antik 👍



Tuesday, February 7, 2017

Mont Kiara Flea Market

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Hari ni kami berada di bazaar 'flea market' Mont Kiara, Hartamas dari pukul 11 pagi hingga 7 malam.

Seperti biasa saya akan berada di sini untuk melayan pelanggan-pelanggan kesayangan. Berniaga ni adalah minat saya yang paling disukai ❤

Walaupun penat saya gembira bila dapat berada di kalangan rakan-rakan peniaga dan pembeli. Sebabnya ⤵

⏩ boleh memantapkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik.
⏩ menambah kenalan dan pelanggan baru.
⏩ memahami selok belok bisnes terkini.
⏩ dan paling seronok ↪ boleh membeli belah juga hahaha.....

Berniaga kena ada pelbagai 'killer skill' kata mereka yang hebat-hebat dalam bisnes. Jadi ini di antara cara saya mencari, menggali dan menghadam ilmu percuma.

Jom singgah ke booth saya ya ❤❤



Plaza Mont Kiara


Booth saya ❤


Rakan saya Paris 😊


Kipas kecil yang wajib 😂



Sunday, January 29, 2017

Orang Cuti Kita Niaga

Teks dan foto - nelly sofni azmi
Email - nellysofniazmi@gmail.com


Assalamualaikum semua....

Selamat bercuti ⛱🏜

Walaupun di hari cuti perayaan seperti Chinese New Year, saya tetap tidak bercuti seperti kebanyakkan orang lain. Rutin saya masih biasa berada di kiosk dan berniaga setiap sabtu dan ahad di Amcorp Mall, Petaling Jaya tanpa mengira cuti selain Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini adalah kerana kebiasaannya pasa hari cutilah kami para peniaga boleh meraih jualan lebih dari biasa. Ramai yang akan keluar berjalan-jalan pada hari begini. 


Kiosk Handmadehaus di Amcorp Mall, PJ


Saya jarang bercuti jika tiada keperluan kerana sangat suka berniaga dan berjumpa dengan pelanggan secara berdepan. Kepuasannya berbeza dengan menjual di alam maya 😊

Saya yakin ramai peniaga seperti ini kan 😊

Namun ini tak beerti saya tak boleh meluangkan masa dengan keluarga kerana anak saya juga akan turut bersama saya di sini. Saya selalu menggalakkan anak cara-cara berniaga dan setakat ini dia sudah boleh diharap untuk berurusan jual beli tanpa kehadiran saya di sebelah 😊

Ini juga salah satu ilmu yang tidak ada di sekolah rendah atau menengah. Mendidik sambil berniaga 👍

Jom datang ke kiosk kami ❤❤