Dunia Saya 〰 Jahitan

Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

Bila Mama Membebel Peringatan

Teks dan foto ~ Nelly Sofni Azmi


Pada hari jumaat yang lepas Harraz ada Kem Pengakap di Hulu Selangor anjuran sekolahnya. Kem selama tiga hari dua malam, makanya kesunyianlah mama tak berteman sepanjang ketiadaan Harraz πŸ€”❤

Dan macam biasalah bermula dari hari Isnin beberapa hari sebelum kem, mama membebel dengan macam-macam pesanan, nasihat dan pelbagai lagi peringatan dari seorang ibu. Rasanya semua ibu begini kan hihi.... Bimbang bila anak-anak tiada depan mata. Depan mata pun macam-macam ragam apatah lagi bila berjauhan πŸ˜‚

Walau dah berumur dua belas tahun tapi mama masih akan anggap Harraz masih anak-anak sehinggalah bila-bila pun. Inilah namanya ibu yang sangat prihatin dan sangat sayangkan anaknya. Mana ada ibu ayah yang suka hati nak hidup anaknya hancur kan.

Semua pesanan rasanya dah cukup mama sebut setiap masa di rumah agar Harraz terus ingat. Jangan lupa gosok gigi, minum air banyak-banyak, baju kotor asingkan, makan secukupnya dan entah apa lagilah. Harraz sampai bosan agaknya kan? Tapi sampai saat akhir mama masih membebel hihi....

Bila mualim dan mualimah mula menghantar gambar di 'group whatsapp' kelas perihal aktiviti anak-anak di sana, mama dan ibu ayah yang lain rasa gembira sangat-sangat. Macam seronok dapat lepaskan rindu ❤

Aktiviti ni bagus sebenarnya sebab banyak mengajar cara-cara untuk anak-anak menjadi berdikari di dalam dunia yang serba mencabar ini πŸ‘
Lagipun aktiviti sebeginilah yang mereka perlukan agar dapat memupuk semangat dalam diri anak-anak untuk faham selok belok kehidupan.

Agaknya macam mana ye bila anak-anak sambung pelajaran jauh dari kita?



Harraz dan rakan-rakan sekelas.


Hip ho hip ho hihi....


Lompat jang lompat 😁


Horeyyy tidur dalam khemah.


Ilmu survivor dalam hutan ☺ 


Taklimat jangan nakal 😁

Monday, February 6, 2017

Entri Terakhir - Kelas Penulisan

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Assalamualaikum....

Akhirnya tiba ke garisan penamat entri terakhir saya yang ke 44 dalam kelas Asas Penulisan kelolaan Puan Masayu Ahmad. 

44 je? Mudah je tu. Hahaha.....nampak mudah tapi jujurnya jika banyak yang kita sudah tinggalkan dibelakang memang jauh dari mudah πŸ˜…
Dan saya sendiri kalah, cuma rasa bangga pada diri sendiri sebab berjaya menamatkan secepat mungkin.

Di dalam kesibukan menyiapkan tempahan pelanggan, berada di booth jualan, menguruskan urusan harian rumahtangga, berlari-lari di antara setiap masa yang ada 24jam itu, jujurnya sangat mencabar.

Dahulu sudah ada beberapa blog, namun itu kisah hampir seusia anak saya, jauh tertinggal. Malahan kata kunci dan email pun tak pasti apa dalam ingatan. Sekarang cuba menulis semula untuk dijadikan entri diari kehidupan buat tatapan generasi sendiri. Harapnya kali ini istiqamah dalam menulis 😊


Alhamdulillah dengan pecutan dan rangsangan dari rakan-rakan sepenulisan serta cikgu, saya berjaya menghabiskan tugasan walau terlewat sedikit dari tarikh akhir πŸ˜…πŸ˜…

Di dalam kelas ini saya belajar beberapa perkara tentang penulisan. Yang paling banyak berubah adalah cara saya menulis dengan mencuba sedaya upaya tidak menggunakan perkataan yang dipendekkan seperti yang menjadi YG.

Pada saya ia mengajar kita untuk menyantuni dan menghormati bahasa ibunda Malaysia yang tercinta. Selain dari itu kelas ini menjadikan saya sentiasa memerhati keadaan sekeliling untuk dijadikan bahan cerita.

Jauh lagi dari sempurna namun saya harap dapat sokongan dan teguran membina dari rakan-rakan blogger yang lain ❤

Jangan berhenti menulis 😊



Friday, February 3, 2017

Hadiri Kursus Untuk Bisnes

Teks - nelly sofni azmi
Foto - sumber google



Menghadirkan diri ke kursus-kursus untuk memantapkan diri di dalam bidang perniagaan yang diceburi adalah sangat digalakkan. Ia untuk memberi pendedahan kepada kita tentang perkara baru atau terkini di dalam dunia bisnes.

Saya selalu pesan pada diri mesti sentiasa belajar sama ada secara kelas online atau pun offline. Tak kisah janji kita mahu belajar πŸ’ͺ

Banyak kursus-kursus percuma dan berbayar yang ada di pasaran sekarang. Kalau kita rasa tak mampu untuk membayar yang mahal, apa kata anda cuba mendaftar dengan MARA, Kolej Komuniti atau mana-mana agensi kerajaan yang menyediakan kursus secara percuma atau dengan bayaran minima.

Secara peribadi saya pernah mengikuti kursus bersama MARA, Kolej Komuniti, Sifu FBads dan beberapa guru teknikal untuk ilmu pemasaran online. E-usahawan juga medium yang baik untuk peniaga ikuti πŸ‘πŸ‘




Banyak peluang yang boleh kita ambil untuk meluaskan lagi pasaran bisnes kita secara lebih teratur.

Atau boleh juga membeli buku-buku atau e-book yang berkualiti untuk dibaca. Tak rugi melabur dalam kelas-kelas atau membeli buku-buku seperti ini sebab ia adalah ilmu yang bermanfaat πŸ‘πŸ˜Š

Di zaman moden, cara belajar juga seiring maju. Dengan kumpulan Whatsapp juga banyak kelas percuma diadakan oleh ramai usahawan yang telah berjaya πŸ‘

Jom tingkatkan diri kita untuk menjadi peniaga dan usahawan islam yang berkualiti ❤

Thursday, February 2, 2017

Mesin Jahit Pertama - Episod 1

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Dari zero kepada mahir (bukan pakar). Alhamdulillah Allah lorongkan hati saya untuk memilih bidang jahitan ini lebih kurang 6+ tahun dulu. Semuanya bermula apabila kesihatan semakin merosot akibat terlalu aktif berniaga secara 'offline'.

Saya mengangkat beban berat terlalu banyak yang tidak sesuai dengan kudrat saya. Makanya bermulalah episod mengenali benang dan jarum πŸ˜…

Seminggu juga saya ambil masa untuk berfikir apa rancangan seterusnya setelah balik dari klinik.

Mulanya rasa macam dihempas batu besar bila perlu melepaskan sesuatu yang kita suka dan memilih sesuatu yang baru dan kita tak pernah buat. Menjahit pakai tangan pun tak pernah, apatah lagi menggunakan mesin yang laju πŸ˜“

Namun keputusan harus dibuat demi hari esok yang lebih baik. Saya nekad ke kedai mesin jahit dan membeli mesin portable pertama untuk belajar menjahit πŸ’ͺπŸ’ͺ

Mesin pertama saya ialah jenama Brother siri NV50 yang menjadi kegilaan ramai di waktu itu. Pendek kata idaman setiap wanita la hahaha....



Mesin Jahit Portable NV50
(Sumber google)


Kemudian muncul lah pelbagai jenis mesin jahit industri yang saya milikki. Sehingga kini saya telah mempunyai keseluruhan lima buah mesin yang dibeli dengan hasil titik peluh menjahit ❤❤



Di antara koleksi mesin jahit saya πŸ‘


Nak tahu lagi kisah perjalanan pertama saya dalam dunia jahitan yang mampu menjana pendapatan yang hebat?
Tunggukan episod seterusnya di blog ini ye 😊😊

Sunday, January 29, 2017

Orang Cuti Kita Niaga

Teks dan foto - nelly sofni azmi
Email - nellysofniazmi@gmail.com


Assalamualaikum semua....

Selamat bercuti ⛱🏜

Walaupun di hari cuti perayaan seperti Chinese New Year, saya tetap tidak bercuti seperti kebanyakkan orang lain. Rutin saya masih biasa berada di kiosk dan berniaga setiap sabtu dan ahad di Amcorp Mall, Petaling Jaya tanpa mengira cuti selain Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini adalah kerana kebiasaannya pasa hari cutilah kami para peniaga boleh meraih jualan lebih dari biasa. Ramai yang akan keluar berjalan-jalan pada hari begini. 


Kiosk Handmadehaus di Amcorp Mall, PJ


Saya jarang bercuti jika tiada keperluan kerana sangat suka berniaga dan berjumpa dengan pelanggan secara berdepan. Kepuasannya berbeza dengan menjual di alam maya 😊

Saya yakin ramai peniaga seperti ini kan 😊

Namun ini tak beerti saya tak boleh meluangkan masa dengan keluarga kerana anak saya juga akan turut bersama saya di sini. Saya selalu menggalakkan anak cara-cara berniaga dan setakat ini dia sudah boleh diharap untuk berurusan jual beli tanpa kehadiran saya di sebelah 😊

Ini juga salah satu ilmu yang tidak ada di sekolah rendah atau menengah. Mendidik sambil berniaga πŸ‘

Jom datang ke kiosk kami ❤❤

Saturday, January 28, 2017

Pengalaman Berniaga

Teks dan foto - nelly sofni azmi




Lebih kurang sudah 12 tahun saya berada di dalam dunia bisnes dan lebih kurang lapan tahun berkecimpung dalam dunia jahitan. 

Pada pembabitan awal mengusahakan bisnes ini adalah dorongan ahli keluarga terutama abah dan diri saya sendiri.

Saya bermula denga modal sendiri dari simpanan ketika masih bekerja. Saya memang tak mahu meminjam dari sesiapa. Biarlah susah senang dengan modal kecil-kecilan dari simpanan sendiri.

Sewaktu berniaga saya masih lagi bergelar pekerja di pejabat dengan jawatan eksekutif pengurusan sumber manusia dan akaun syarikat tersebut. Dengan gaji yang agak tinggi di saat itu, saya berada di tahap yang selesa sebenarnya.

Kenangan manis sewaktu saya masih bekerja, selepas sahaja habis waktu pejabat saya berjualan pula di uptown setiap malam. Bermula jam lapan malam hingga lebih kurang tiga pagi dengan membawa anak masih bayi demi mencari rezeki. 

Namun pada esoknya saya pergi bekerja seperti biasa. Oleh kerana minat saya ketepikan rasa penat. Cuma saya selalu memastikan kerja-kerja pejabat saya tidak terganggu dengan urusan perniagaan di waktu itu.

Saya juga banyak menjelajah tapak promosi di mana -mana karnival untuk meraih pengalaman. Pernah ditipu ribuan ringgit ketika masih tidak ada pengalaman menyertai karnival. Namun pada saya ditipu tapak niaga adalah satu pengalaman berharga agar lebih berhati -hati. 

Melihat dari sudut positif, saya banyak belajar di sebalik kepahitan yang dilalui waktu itu.

Saya juga banyak menghadiri seminar percuma dan juga berbayar anjuran Kerajaan mahupun persendirian. Dari situ saya berpeluang menambah ilmu baru terutama pemasaran dan bina rangkaian kenalan di kalangan usahawan. Selain membina semangat baru. 

Banyak pengalaman yang saya tempuhi, namun semuanya saya simpan kemas sebagai satu memori.

Jangan takut untuk memulakan perniagaan walau kita hanya seorang wanita. Kerana untuk berjaya ia tidak berdasarkan jantina πŸ‘πŸ˜Š

Friday, January 20, 2017

Mari Belajar Menjahit


Teks - nelly sofni azmi
Foto - hak milik peribadi dan google
Email - nellysofniazmi@gmail.com






Menjahit ni boleh saja jadi hobi atau sumber pendapatan yang lumayan. Kemahiran yang bukan semua tahu buat. Ramai yang cakap nak menjahit ni kena masuk kelas, kursus, bengkel dan sebagainya.

Kelas jahitan.

Pada saya semua tu bergantung pada diri kita sendiri. Sekiranya kita ada kemampuan untuk membayar yuran kelas, maka silalah berguru dengan otai-otai yang berpengalaman. Namun disebaliknya kita juga boleh mendapat ilmu-ilmu jahitan secara alam maya. Contoh di youtube, facebook, dari buku-buku atau boleh sahaja dengan cara praktikal tetas dan buat semula.

Memang tak akan sama hasilnya tapi untuk yang tiada bajet, cara yang kedua tadi boleh dipraktikkan sementara nak punya kewangan berguruπŸ‘πŸ‘
Tapi masih wajib berguru bila dah ada RM ye hihi....untuk dapatkan tips-tips jahitan yang nilai ilmunya sangat mahal 😊

Saya sendiri bermula dengan hanya mencuba-cuba buka sana sini, tetas sana sini dari rumah. Waktu ni habis semua pakaian lama-lama dan tak pakai saya godek hihi..... Nasib baik suami memahami 😁
Ini kerana kesukaran untuk menghadiri kelas yang jauh-jauh waktu itu. Tapi setelah punya masa, saya tetap berguru 😊

Bila dah mahir menjahit sikit-sikit mesti terlintas macam-macam benda nak jahitkan? Nak jahit baju sendiri, seluar anak, cadar dan pelbagai lagi. Betulkan? Seronok bila kita dah pandai πŸ‘
Itulah yang berlaku pada saya! Habis semua kain saya praktis jahit macam-macam.

Mesti selalu praktis untuk terus mahir. Dari sinilah kita akan belajar banyak kesilapan yang boleh diperbetulkan kemudian. 

Mesin jahit.

Untuk pembelian mesin jahit, sebagai beginner anda bolehlah membeli mesin jahit mudah alih agar pembelajaran akan lebih lancar.
Apabila sudah betul-betul mahir barulah membeli mesin jahit industri yang lebih hebat hasilnya nanti πŸ‘

Apa sahaja yang kita buat mesti kena bermula dari kosong untuk menjejak satu, dua dan seterusnya. Betulkan?
Jangan putus asa!


Selamat menjahit ❤



Tuesday, January 17, 2017

Belajar Menulis Semula



Blog.......blogger......blogging.....
Dunia alaf baru penulisan berbanding dahulu semuanya hanya atas kertas yang dipanggil novel, buku teks, diari dan sebagainya.
Lebih mudah menulis secara terus di alam maya sekarang ni betulkan? Mudah mencari, mudah menyimpan dan yang pasti jimat ink dan raba (baca pemadam) asyik tulis padam sampai hitam raba yang putih tu! Nampak sangat hebat penulisan saya hahaha....

Dulu dah pernah ada entah berapa blog pun tak ingat. Terlalu lama kenangan tu sampai 'lost' tahun bila. Godek-godek sendiri je konon macam pandai, jadilah juga dan berjaya membuat jualan dari blog di zaman itu. 
Tapi kemudian wujudnya Facebook dan kemudian datang pula adik beradik lain ; Instagram, twitter, whatsapp dan entah apa-apa lagi makanya selamat jalan romeo lah pada si blog sampai bersawang ;p

Sekarang ~~~~~

Belajar menulis semula untuk mencari momentun jiwa yang dah hilang. Ingatkan senang, rupanya hmmmm..... berkeluh kesah jugalah nak mula hihi....

Menulis kadang-kadang tak perlu minat yang mendalam tapi cukup sekadar kita tahu apa yang mahu disampaikan kepada pembaca di luar sana. Ilmu kena gali dari segala aspek betulkan?

Saya belajar menulis semula di blog dengan Ebook Asas Blog dan Penulisan. Dan ianya tidak mengecewakan.
Cemburu dengan mereka yang tajam dan pantas dalam penulisan. THUMBS UP buat penulis hebat :)

Nantikan celoteh saya lagi ya teman-teman :)

Monday, January 16, 2017

Bekerja Dan Berniaga Demi Rezeki




Kisah penat lelah bekerja sambil berniaga.
Pengalaman paling mahal dalam hidup saya di dunia perniagaan.


Kenangan manis ketika masih bekerja, selepas habis waktu pejabat saya berjualan pula di uptown setiap malam. Bermula jam lapan malam sehingga tiga pagi membawa anak masih bayi demi mencari rezeki. Esoknya saya pergi bekerja seperti biasa. Atas sebab minat saya ketepikan rasa penat. Saya juga menjelajah tapak promosi mana-mana karnival untuk meraih pengalaman. 

Pernah ditipu ribuan ringgit ketika masih kurang pengalaman menyertai karnival. Ditipu oleh event management, tentang tapak niaga adalah satu pengalaman berharga agar lebih berhati-hati di kemudian hari.

Saya juga banyak menghadiri mana-mana seminar percuma dan juga berbayar anjuran kerajaan mahupun persendirian. Dari situ saya berpeluang menambah ilmu pengetahuan baru terutama dari aspek pemasaran dan bina rangkaian kenalan di kalangan usahawan. Selain ju7ga dapat membina semangat baru.

Perniagaan ni bukan macam kita main masak-masak di dapur rumah yang boleh sentiasa mencuba pelbagai resepi baru pada bila-bila masa. Ia kerana perniagaan adalah satu perjuangan tentang keseluruhan hidup kita sebagai seorang peniaga. Tak boleh main-main sebab kita ada dalam perkiraan untung rugi yag dipertaruhkan.

~ Bila mula berfikir untuk terjun ke dunia bisnes, kena terus tahu apa hala tuju kita hari ini, esok dan sehingga berjaya.~

Sunday, January 15, 2017

Pengalaman Dunia Perniagaan



Memulakan perniagaan sewaktu masih bekerja di Uptown dan secara alam maya di forum-forum. Pada tahun 2004 masih belum wujud FB dan IG, makanya saya bermula di forum-forum dahulu. Forum yang menjadikan bisnes saya dikenali bermula di forum wanitamelayu.com yang sagat tersohor di waktu itu.

Menjual pelbagai jenis pakaian wanita menjadi pilihan saya di waktu itu. Tujuan asal adalah kerana saya sangat suka bergaya mengikut trend semasa di kala itu. Melihat warna-warni pilihan koleksi pakaian menjadikan saya semakin seronok untuk meneruskan perniagaan tersebut.

Walaupun saya berniaga namun urusan kerja pejabat tidak pernah saya abaikan. Ini kerana segala urusan perniagaan saya uruskan selepas waktu pejabat sahaja.