Foto - hak milik peribadi dan google
Email - nellysofniazmi@gmail.com
Menjahit ni boleh saja jadi hobi atau sumber pendapatan yang lumayan. Kemahiran yang bukan semua tahu buat. Ramai yang cakap nak menjahit ni kena masuk kelas, kursus, bengkel dan sebagainya.
Kelas jahitan.
Pada saya semua tu bergantung pada diri kita sendiri. Sekiranya kita ada kemampuan untuk membayar yuran kelas, maka silalah berguru dengan otai-otai yang berpengalaman. Namun disebaliknya kita juga boleh mendapat ilmu-ilmu jahitan secara alam maya. Contoh di youtube, facebook, dari buku-buku atau boleh sahaja dengan cara praktikal tetas dan buat semula.
Memang tak akan sama hasilnya tapi untuk yang tiada bajet, cara yang kedua tadi boleh dipraktikkan sementara nak punya kewangan berguruππ
Tapi masih wajib berguru bila dah ada RM ye hihi....untuk dapatkan tips-tips jahitan yang nilai ilmunya sangat mahal π
Saya sendiri bermula dengan hanya mencuba-cuba buka sana sini, tetas sana sini dari rumah. Waktu ni habis semua pakaian lama-lama dan tak pakai saya godek hihi..... Nasib baik suami memahami π
Ini kerana kesukaran untuk menghadiri kelas yang jauh-jauh waktu itu. Tapi setelah punya masa, saya tetap berguru π
Bila dah mahir menjahit sikit-sikit mesti terlintas macam-macam benda nak jahitkan? Nak jahit baju sendiri, seluar anak, cadar dan pelbagai lagi. Betulkan? Seronok bila kita dah pandai π
Itulah yang berlaku pada saya! Habis semua kain saya praktis jahit macam-macam.
Mesti selalu praktis untuk terus mahir. Dari sinilah kita akan belajar banyak kesilapan yang boleh diperbetulkan kemudian.
Mesin jahit.
Untuk pembelian mesin jahit, sebagai beginner anda bolehlah membeli mesin jahit mudah alih agar pembelajaran akan lebih lancar.
Apabila sudah betul-betul mahir barulah membeli mesin jahit industri yang lebih hebat hasilnya nanti π
Apa sahaja yang kita buat mesti kena bermula dari kosong untuk menjejak satu, dua dan seterusnya. Betulkan?
Jangan putus asa!
Selamat menjahit ❤
No comments:
Post a Comment