Foto - sumber google
Assalamualaikum semua....
2017 cabaran tanpa televisyen π€π€π€
Boleh ke tak boleh?
Persoalan seram berlegar sepanjang december 2016.
Anak perlu menghadapi peperiksaan besar UPSR dan PSRA maka dengan penuh emosi demi masa depan permata hati, mama menyahut cabaran tiada televisyen selepas jam 6 petang.
Haha....mungkin siang mama boleh tengok tapi mama sibuk dengan urusan jahitan, makanya memang tak adalah peluang juga π
Setakat tarikh 27 Januari 2017, peratus kejayaan sangat memberangsangkan. Harraz hanya melihat dokumentari, ceramah agama dan yang melibatkan aspek ilmu pengetahuan sahaja.
Tiada lagi kartun atau kategori lagho. Kejam ke mama ni?
Lapan bulan sahaja, Harraz pun setuju sebab ini masa depan dia sendiri katanya. Mujur Harraz faham.
Menonton televisyen memang tak salah, namun apa yang ditonton itu sangat memainkan peranan hidup anak-anak. Apatah lagi sekarang ini pelbagai gejala buruk muncul setiap hari di sekeliling kita.
Apa tindakan kita sebagai ibubapa? Sedih melihat anasir-anasir jahat yang berlegar tanpa sempadan kini ππ
Kita tak mampu untuk menjadikan sesuatu itu sempurna namun kita ada pilihan untuk mencuba beri yang terbaik. Saya yakin tiada ibu ayah yang tak mahu lihat kejayaan anak-anak sendiri kan?
Jom mulakan cabaran tanpa TV (selain rancangan ilmu pengetahuan) demi anak-anak πͺπͺ
Macam mana nak mulakan?
βΉLatih anak dan diri sendiri untuk tidak mengikuti apa-apa drama atau rancangan yang tidak berfaedah.
βΉSusun jadual untuk lebih teratur.
Anda boleh susun rancangan apa yang sesuai untuk ditonton.
Contoh seperti National Geographic, Al-Kuliyyah dan sebagainya.
βΉLakukan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca bersama, memasak dan lain-lain yang sesuai dengan keadaan.
Cabaran ini sebenarnya banyak mengajar saya tentang membuat sesuatu yang lebih berfaedah. Yelah sebelum ni semua pun nak tengok. Syukur saya bukan peminat rancangan korea, drama atau hindustan. Kalau tidak mungkin meracau juga nak ikut plan ini πππ
Apapun saya melihat cabaran ini bukan satu hukuman tetapi lebih kepada memilih antara yang perlu dilihat atau tidak.
Kalau tak bermula macam mana nak tahu hasilnya kan?
Jom ibu ayah ❤
Demi kejayaan dan masa depan permata hati kita πͺ
No comments:
Post a Comment