Teks dan foto - nelly sofni azmi
Email - nellysofniazmi@gmail.com
Mee Udon Ayam
Famili saya biasanya makan malam sebelum pukul 7 petang sebab lewat-lewat nanti susah pula kan 😊
Hari ni masak Mee Udon Ayam je.
Siapa pernah makan Mee Udon?
Berangan la macam kat Jepun sikit hahaha....
Mudah je masak Mee Udon ni. Sedap dan cukup semua nutrisi (cukuplah kot), tu paling penting bila kita yang sejenis nak kejar masa yang asyik main lari berganti tu kan 😂😂
Jom saya kongsi resepi petik jari siap kata orang berlagak tak reti masak ni hihi..
Tapi jujur saya cakap, selalu saya masak memang main campak-campak je bahan, tak kira pun berapa kilo ke, ulas ke yang kena pakai.
Pendek kata sesedap rasa tekak masing-masing sebab bab makanan ni ada orang nak masin sampai terbalik kilang garam, ada pula suka pedas kaw-kaw, jadi apa-apa pun sila rasa ikut suka lidah sendiri 😊😊
RESEPI MEE UDON AYAM
Sepeket Mee Udon (boleh beli kat pasaraya besar)
Bawang merah
Bawang putih
Ayam / makanan laut / daging (ikut suka la nak letak apa pun)
Sayuran (anak saya suka sayur campur)
Sos lada hitam 3@4 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Kicap cair 1 sudu besar
Air sikit
Garam secukup rasa (bahan lain dah masin jadi tak perlu pun tak apa)
CARA MASAK
Tumis bawang sampai wangi,
Masukkan bahan mentah (ayam udang sotong) hingga cukup masak,
Kemudian masukkan bahan-bahan cecair semua sekaligus,
Dah cukup sebati masukkan mee udon,
Masak dalam anggaran 3 - 4 minit.
Siap 😊😊
Ha korang cubalah ye nanti.
Senang sangat dan anak-anak mesti suka.
Selamat memasak ❤
No comments:
Post a Comment