Foto - hak milik peribadi (gambar kabur sebab nak cepat makan)
Email - nellysofniazmi@gmail.com
Kerepek musim namanya hahaha....
Tahap kerajinan melompat terlebih vitamin hari ini. Dalam sibuk-sibuk masih menyibuk nak mengerepek pula.
Kerepek ni dibuat dari buah 'ngaku' @ arrow head dalam bahasa inggeris. Harganya agak mahal sekilo yang mentah, lebih lagi apabila semakin hampir dengan musim perayaan Chinese New Year.
Ini kerana ia adalah buah yang sinonim dengan CNY 👍
Harga sekilo berbeza-beza mengikut pasaraya namun yang paling murah pernah saya jumpa ialah RM2.88 sekilo dan boleh mencecah belasan RM sekilo.
Rasanya sedap, lemak-lemak masin je. Memang berbeza dengan kerepek biasa kita makan. Harga jualan untuk yang sudah siap dibungkus juga mahal. Ini kerana proses membuatnya sangat remeh dan susah.
Nampak mudah tapi renyah sebab buahnya yang kecil menyukarkan proses mengupas dan seterusnya. Namun yang pasti sebalang tak akan boleh tahan lama. Sayangkan sebab tak tahan lama 😭😭😭
Macam mana nak tahan lama! Terlalu sedap! Buat habis, buat dan habis. Mana nak tahankan? Hihihi.....
Ini sudah ulang buat kali kedua bulan ini 😊😊
Terlebih rajinkan diri demi ngaku yang sedap.
Siapa geng buat ni?
Siapa belum buat sila rajinkan diri 😂
Malas sendiri rugi haha....
Ingat! Buah ni bukan selalu muncul tau. Lekas panaskan enjin kereta dan beli sekarang 😊
No comments:
Post a Comment