Kisah penat lelah bekerja sambil berniaga.
Pengalaman paling mahal dalam hidup saya di dunia perniagaan.
Kenangan manis ketika masih bekerja, selepas habis waktu pejabat saya berjualan pula di uptown setiap malam. Bermula jam lapan malam sehingga tiga pagi membawa anak masih bayi demi mencari rezeki. Esoknya saya pergi bekerja seperti biasa. Atas sebab minat saya ketepikan rasa penat. Saya juga menjelajah tapak promosi mana-mana karnival untuk meraih pengalaman.
Pernah ditipu ribuan ringgit ketika masih kurang pengalaman menyertai karnival. Ditipu oleh event management, tentang tapak niaga adalah satu pengalaman berharga agar lebih berhati-hati di kemudian hari.
Saya juga banyak menghadiri mana-mana seminar percuma dan juga berbayar anjuran kerajaan mahupun persendirian. Dari situ saya berpeluang menambah ilmu pengetahuan baru terutama dari aspek pemasaran dan bina rangkaian kenalan di kalangan usahawan. Selain ju7ga dapat membina semangat baru.
Perniagaan ni bukan macam kita main masak-masak di dapur rumah yang boleh sentiasa mencuba pelbagai resepi baru pada bila-bila masa. Ia kerana perniagaan adalah satu perjuangan tentang keseluruhan hidup kita sebagai seorang peniaga. Tak boleh main-main sebab kita ada dalam perkiraan untung rugi yag dipertaruhkan.
~ Bila mula berfikir untuk terjun ke dunia bisnes, kena terus tahu apa hala tuju kita hari ini, esok dan sehingga berjaya.~
No comments:
Post a Comment