Teks - sumber asli kamus wikipedia bersama olahan ayat saya.
Foto - Nelly Sofni Azmi
Entri ini adalah khas untuk kita memahami maksud di sebalik perkataan SEJADAH. Keunikan sejadah dalam islam yang perlu kita selusuri.
Jom kenali sejarah SEJADAH.
ℹ
Sejadah (Arab, سجادة) adalah tikar kecil digunakan oleh umat Islam sebagai alas untuk menunaikan solat. Penggunaan sejadah bukanlah wajib. Asalnya kegunaan ini berasaskan pada tujuan kebersihan dalam Islam - mencegah dari terkena habuk, atau kuman di lantai.
Sejadah (Bahasa Arab: سجادة sajjāda pl. سجاجيدsajājīd, atau musallah; Bahasa Turki: seccade atau namazlık; Bahasa Parsi: جانماز, Urdu: جانماز jānamāz) merupakan hamparan kain yang digunakan oleh orang muslim sebagai hamparan antara tanah dan mereka yang bersolat bagi menjaga kebersihan, yang membabitkan sujud dan duduk di atas tanah. Seseorang muslim perlu berwuduk sebelum bersolat dan mengerjakan solat di tempat yang bersih. Kebanyakan sejadah moden dihasilkan di kilang tenun. Reka bentuk sejadah berdasarkan dari kampung mana ia dihasilkan dan penenunnya. Apabila bersolat, sudut pada atas sejadah perlu diarahkan pada arah kiblat bagi bersolat, Mekah. Semua orang muslim diwajibkan mengetahui arah kiblat dari rumah atau ditempat mereka berada.
Sejadah yang kami selalu gunakan dalam penghasilan Beg Sejadah 2 in 1.
Ciri-ciri dan kegunaan Sejadah
Sejadah memiliki simbol yang kuat dan secara tradisi di jaga dengan baik. Adalah tidak hormat bagi seseorang meletakkan sejadah di tempat yang kotor (kerana seseorang muslim perlu bersih sebagai menghormati Allah) atau melemparkannya tanpa hormat.
Sejadah secara tradisi dianyam dengan pola segi empat, dengan corak sudut pada hujung kepala. Dalam segi empat itu sendiri, terdapat simbol Islam dan seni bina Islam. Hiasan bukan sahaja penting tetapi memiliki nilai mendalam dalam rekaan sejadah.

Sejadah mempunyai ciri sudut pada satu hujung, yang mewakili mihrab yang terdapat disetiap masjid, penunjuk arah pada Mekah. Kebanyakan sejadah turut menunjukkan satu atau lebih lampu masjid, merujuk pada "Surah An-Nur" (Cahaya) dalam Al-Quran. Masjid khusus kadang-kala dipaparkan; contoh paling popular termasuk masjid di Mekah, Medina, dan terutamanya di Jerusalem.
Hiasan bukan sekadar memainkan peranan sebagai gambaran tetapi juga sebagai pengingatan pada ahli ibadat. Sesetengah contoh termasuk sikat dan kendi, sebagai peringatan pada orang muslim untuk membasuh tangan dan menyikat rambut mereka sebelum bersolat. Satu lagi kegunaan penting yang digunakan sebagai hiasan adalah bagi membantu saudara baru dengan meletakkan gambaran tangan pada sejadah sebagai tempat di mana tangan diletakkan ketika bersolat.

Sejadah biasanya dibuat di bandar atau kampung masyarakat yang menggunakannya dan sering kali dinamakan menurut tempat asal bagi mereka yang menjual atau mengumpulkannya.
Pola sebenar banyak berbeza menurut pengayam asal dan bahan berbeza digunakan. Sesetengah memiliki pola, pewarna dan bahan yang secara tradisi/tempatan pada daerah di mana ia dihasilkan.
Pola sejadah pada umumnya memiliki sudut di bahagian atas, yang diletakkan ke arah Mekah. Semasa bersolat mereka yang bersolat akan melutut pada tengah sejadah dan meletakkan kedua belah tangan mereka di kiri-kanan bahagian atas sejadah, dahinya menyentuh gambaran mihrab.
Sejadah biasa berukuran anggaran 2.5 ka × 4 ka (0.76 m × 1.22 m) - 4 ka × 6 ka (1.2 m × 1.8 m), cukup untuk melutut dan bersujud.

Beberapa negara menghasilkan tekstil dengan corak sejadah untuk eksport. Banyak sejadah moden adalah khusus untuk perdagangan dan dihasilkan dalam jumlah yang besar untuk jualan di pasaran perdagangan antarabangsa atau pasaran pelancong.
Terdapat banyak sejadah yang masih wujud masa kini yang telah dijaga dengan baik yang berusia lebih dari 100 tahun. Dalam kebanyakan kes, ia segera digulung dengan cermat selepas solat.
Keunikan Produk kami Sejadah yang mudah dibawa 👍
Langkah-langkah penggunaan yang mudah 👍
Praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Mudah dan selesa.
No comments:
Post a Comment