Teks - nelly sofni azmi
Foto - sumber google
Sibuknya minggu ni sampai tak sempat hadap blog untuk menulis. Kadang-kadang terfikir sampai bila nak berkejar masa yang 24 jam tu 🤔
Agaknya kita ni kalau diberi 50 jam sehari pun macam tak cukup je kan. Dunia semakin hilang segala rencah kehidupan, semua sibuk kejar masa. Macamlah kalau kejar tu dapat masa lebih 😂
Tapi itulah keadaan sekarang, masa asyik cemburu. Baru isnin dah isnin semula. Dengki sangat hari tu dengan kita hihi....
Kalau renung balik apa pencapaian terhebat kita ada? Tanya pada diri. Orang kata tepuk dada tanya selera. Masa kita dah guna dengan baik tak?
Saya suka belek gambar-gambar kat bawah tu. Rasa macam satu motivasi yang kita ni boleh kejar masa tapi biar dengan maksud yang sebenar. Kejar yang berfaedah. Bukan kejar masa dan akhirnya kosong kosong kosong ❔❔❔❔
Jom jadi pemburu masa yang ada kehebatan dunia dan akhirat dalamnya ❤❤
No comments:
Post a Comment