Teks dan foto - nelly sofni azmi
Bekerja sehingga lewat malam hari ini menyiapkan tempahan pelanggan. Dan sambil tu menjahit sampul untuk mengisi duit kertas buat mak esok 😊
'Pouch' khas untuk meletakkan hadiah harijadi mak. Mak lahir 12 Februari 1957 tapi kami sengaja buat sambutan 'suprise' untuk mak esok sempena semua ahli keluarga cuti.
Tahun ni lebih bermakna sebab pada hari jumaat 10 Februari 2017 ini adalah hari terakhir mak menjadi seorang pekerja di sebuah syarikat yang penting di Malaysia. Setelah puluhan tahun berkhidmat, akhirnya mak boleh goyang kaki pula di rumah 😊
60 tahun ❤ hatiku
Mak seorang yang kuat bekerja dan sangat bersedikasi pada pekerjaannya. Selalu mendapat pelbagai anugerah cemerlang. Saya bangga dengan mak ❤
Ops....pasal kejutan tu, kami adik beradik sepakat (setelah hampir hilang kesepakatan dalam kumpulan whatsapp hahaha) nak buat 'barbeque' sahaja, idea asal dari saya hihi....
Memandangkan tugasan menyiapkan urusan 'barbeque' ni agak remeh, makanya kami telah memberikan tugasan pada setiap individu.
Hoyeahhh....saya tawarkan diri untuk membeli bahan membakar nanti.
Opss dah lambat ni nak siapkan kerja.
Ok lah kita sambung nanti ya 😊
Opss dah lambat ni nak siapkan kerja.
Ok lah kita sambung nanti ya 😊
No comments:
Post a Comment