Teks dan foto - nelly sofni azmi
Assalamualaikum....
Pagi isnin.
Sepatutnya hari cuti saya.
Namun Alhamdulillah kerja yang banyak itu lebih baik dari tiada kerja kan....
Bersyukur dengan rezeki Allah beri.
Berlapang dada dalam setiap urusan yang hadir (walau selalunya tak senang nak menghadapinya) 😅
Tapi masih perlu mencuba yang terbaik semampu diri 💪
Pindah pada dia si coklat pula ⤵
Siapa suka minum susu?
Hidup saya tak lengkap kalau tanpa susu.
Memberi tenaga sekiranya tak sempat untuk sarapan.
Sarapan adalah elemen penting dalam kitaran makanan seharian kita.
Jangan sesekali melupakan sarapan pagi.
Boleh pitam nanti.
Biar sekadar sekeping roti bercicahkan air coklat , jangan dibiarkan ia kosong berbunyi perut itu.
Nanti sakit sendiri yang susahkan?
Sarapan apa anda pagi ini?
Sudah punch card?
Jom berusaha 💪💪
#isninyangtakadablues
No comments:
Post a Comment