Teks - nelly sofni azmi
Foto - sumber google
Menghadirkan diri ke kursus-kursus untuk memantapkan diri di dalam bidang perniagaan yang diceburi adalah sangat digalakkan. Ia untuk memberi pendedahan kepada kita tentang perkara baru atau terkini di dalam dunia bisnes.
Saya selalu pesan pada diri mesti sentiasa belajar sama ada secara kelas online atau pun offline. Tak kisah janji kita mahu belajar 💪
Banyak kursus-kursus percuma dan berbayar yang ada di pasaran sekarang. Kalau kita rasa tak mampu untuk membayar yang mahal, apa kata anda cuba mendaftar dengan MARA, Kolej Komuniti atau mana-mana agensi kerajaan yang menyediakan kursus secara percuma atau dengan bayaran minima.
Secara peribadi saya pernah mengikuti kursus bersama MARA, Kolej Komuniti, Sifu FBads dan beberapa guru teknikal untuk ilmu pemasaran online. E-usahawan juga medium yang baik untuk peniaga ikuti 👍👍
Banyak peluang yang boleh kita ambil untuk meluaskan lagi pasaran bisnes kita secara lebih teratur.
Atau boleh juga membeli buku-buku atau e-book yang berkualiti untuk dibaca. Tak rugi melabur dalam kelas-kelas atau membeli buku-buku seperti ini sebab ia adalah ilmu yang bermanfaat 👍😊
Di zaman moden, cara belajar juga seiring maju. Dengan kumpulan Whatsapp juga banyak kelas percuma diadakan oleh ramai usahawan yang telah berjaya 👍
Jom tingkatkan diri kita untuk menjadi peniaga dan usahawan islam yang berkualiti ❤
No comments:
Post a Comment