Dunia Saya 〰 Jahitan

Thursday, February 2, 2017

Mesin Jahit Pertama - Episod 1

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Dari zero kepada mahir (bukan pakar). Alhamdulillah Allah lorongkan hati saya untuk memilih bidang jahitan ini lebih kurang 6+ tahun dulu. Semuanya bermula apabila kesihatan semakin merosot akibat terlalu aktif berniaga secara 'offline'.

Saya mengangkat beban berat terlalu banyak yang tidak sesuai dengan kudrat saya. Makanya bermulalah episod mengenali benang dan jarum 😅

Seminggu juga saya ambil masa untuk berfikir apa rancangan seterusnya setelah balik dari klinik.

Mulanya rasa macam dihempas batu besar bila perlu melepaskan sesuatu yang kita suka dan memilih sesuatu yang baru dan kita tak pernah buat. Menjahit pakai tangan pun tak pernah, apatah lagi menggunakan mesin yang laju 😓

Namun keputusan harus dibuat demi hari esok yang lebih baik. Saya nekad ke kedai mesin jahit dan membeli mesin portable pertama untuk belajar menjahit 💪💪

Mesin pertama saya ialah jenama Brother siri NV50 yang menjadi kegilaan ramai di waktu itu. Pendek kata idaman setiap wanita la hahaha....



Mesin Jahit Portable NV50
(Sumber google)


Kemudian muncul lah pelbagai jenis mesin jahit industri yang saya milikki. Sehingga kini saya telah mempunyai keseluruhan lima buah mesin yang dibeli dengan hasil titik peluh menjahit ❤❤



Di antara koleksi mesin jahit saya 👍


Nak tahu lagi kisah perjalanan pertama saya dalam dunia jahitan yang mampu menjana pendapatan yang hebat?
Tunggukan episod seterusnya di blog ini ye 😊😊

No comments:

Post a Comment