Dunia Saya 〰 Jahitan

Tuesday, February 21, 2017

Bila Mama Membebel Peringatan

Teks dan foto ~ Nelly Sofni Azmi


Pada hari jumaat yang lepas Harraz ada Kem Pengakap di Hulu Selangor anjuran sekolahnya. Kem selama tiga hari dua malam, makanya kesunyianlah mama tak berteman sepanjang ketiadaan Harraz 🤔❤

Dan macam biasalah bermula dari hari Isnin beberapa hari sebelum kem, mama membebel dengan macam-macam pesanan, nasihat dan pelbagai lagi peringatan dari seorang ibu. Rasanya semua ibu begini kan hihi.... Bimbang bila anak-anak tiada depan mata. Depan mata pun macam-macam ragam apatah lagi bila berjauhan 😂

Walau dah berumur dua belas tahun tapi mama masih akan anggap Harraz masih anak-anak sehinggalah bila-bila pun. Inilah namanya ibu yang sangat prihatin dan sangat sayangkan anaknya. Mana ada ibu ayah yang suka hati nak hidup anaknya hancur kan.

Semua pesanan rasanya dah cukup mama sebut setiap masa di rumah agar Harraz terus ingat. Jangan lupa gosok gigi, minum air banyak-banyak, baju kotor asingkan, makan secukupnya dan entah apa lagilah. Harraz sampai bosan agaknya kan? Tapi sampai saat akhir mama masih membebel hihi....

Bila mualim dan mualimah mula menghantar gambar di 'group whatsapp' kelas perihal aktiviti anak-anak di sana, mama dan ibu ayah yang lain rasa gembira sangat-sangat. Macam seronok dapat lepaskan rindu ❤

Aktiviti ni bagus sebenarnya sebab banyak mengajar cara-cara untuk anak-anak menjadi berdikari di dalam dunia yang serba mencabar ini 👍
Lagipun aktiviti sebeginilah yang mereka perlukan agar dapat memupuk semangat dalam diri anak-anak untuk faham selok belok kehidupan.

Agaknya macam mana ye bila anak-anak sambung pelajaran jauh dari kita?



Harraz dan rakan-rakan sekelas.


Hip ho hip ho hihi....


Lompat jang lompat 😁


Horeyyy tidur dalam khemah.


Ilmu survivor dalam hutan ☺ 


Taklimat jangan nakal 😁

No comments:

Post a Comment