Dunia Saya 〰 Jahitan

Monday, February 6, 2017

Bila Suami Yang Membeli

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Tergelak bila fikirkan kisah minggu lepas. Cerita cekak rambut dan suami. Kelakar sungguh rasa. 

Kisahnya cekak rambut saya dah patah (untuk pakai di rumah) dan saya biasa pakai yang berwarna hitam seperti dalam gambar. Makanya saya pesan tolong belikan yang sama macam tu untuk saya.

Bukan saya tak ke kedai tapi kesibukkan dalam minggu tu jadi tak sempat nak menjenguk matahari sangat. Dan kebetulan En Suami memang hari-hari keluar kerja, maka kononnya dia lebih mudah mencapai.

Alkisah dah hampir seminggu lebih tak muncul-muncul pun cekak saya 🤔🤔 Mushkil juga sebab dah rimas rambut ni huhu....

Makanya saya beritahu suami dengan rayuan tolong ingat untuk beli. Dan saya tekankan hanya nak yang hitam tu je. Yang lain tak mahu.

Dan petang tu suami pulang dengan cekak berwarna merah jambu beriben sambil beritahu ini yang cantik 😅
Oh En Suami saya tak mahu sekadar cantik tapi saya mahu yang berfungsi untuk cengkam rambut saya dari kacau muka bila bekerja di bilik jahit 😂

Saya kata mahu yang hitam juga. Yang merah jambu tu hanya hiasan je, bukan sesuai untuk saya. Bergesalah suami ke pasar berdekatan dan belikan yang hitam tu untuk saya akhirnya 😊 

Terima kasih En suami ❤

Panjang pula kisah cekak ni 😅😅

Moral keseluruhan cerita. En suami nak kita nampak cantik, tu dah betul lah. Tapi cantik kalau tak berfungsi tu sangat tak serasi. Jadi memang kita ni sebagai isteri perlu beritahu mereka fakta cantik dan fungsi 😂😂😂

Atau lebih baik beli sendiri je lepas ni hihi....



Siapa nak cekak beriben tu?

No comments:

Post a Comment