Dunia Saya 〰 Jahitan

Friday, March 3, 2017

Ramadhan 2017 Hampir Tiba

Teks ~ Nelly Sofni Azmi
Foto ~ Sumber Google & koleksi peribadi.




Assalamualaikum teman-teman......

Lamanya tidak kemaskini laman blog sendiri dek kerana kesibukan dengan urusan bisnes dan famili yang tak pernah surut. Seperti yang kita tahu Ramadhan 2017 bakal tiba lebih kurang 80+ hari lagi. Gembiranya rasa hati. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini.

Kebiasaannya bila lagi 100 hari menghampiri Ramadhan saya agak sibuk dalam membuat persiapan tempahan-tempahan pelanggan dan membuat 'ready stock' untuk bazaar yang akan saya sertai sewaktu Ramadhan kali ini. Aktiviti normal orang bisnes la kiranya.

Di samping tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk berpuasa, solat dan melakukan pelbagai ibadah lain. Berniaga juga adalah salah satu ibadah yang Allah berikan ganjaran pahala sekiranya kita melaksanakan perniagaan itu dengan baik dan tertib menurut apa yang dibenarkan dalam islam.


Produk saya sendiri berteraskan islamik makanya di waktu Ramadhan kebiasaannya memang melimpah ruah tempahan dan permintaan. Alhadulillah rezeki Allah berikan.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen produk kami saya alu-alukan untuk anda hubungi saya di talian 016 331 9849 (whatsapp) untuk kita bersama-sama berkongsi rezeki dengan memudahkan urusan ramai orang untuk melakukan ibadah terawih.



Produk terlaris.


No comments:

Post a Comment