Teks dan foto - nelly sofni azmi
Email - nellysofniazmi@gmail.com
Hari ni 16 Mac 2017 hari sukan sekolah Harraz. Ini yang terakhir untuk Harraz di sekolah rendah. Lepas ni dah masuk menengah jadi mama dengan papa luangkan masa dari awal hingga habis menyokong Harraz di padang โค
Harraz masuk 3 acara utama, yang paling Harraz tunggu adalah acara lari 100 meter berganti. Harraz tinggi macam papa, dia suka sangat acara ni. Mama sokong je walau apa acara dia masuk.
Kita dulu-dulu pun mak abah datang intai-intai walau sekejap kan. Jadi kalau ada masa tu apa salah kita raikan dan menyokong anak-anak ๐
30 minit selepas acara bermula hujan turun agak lebat. Kesian anak-anak kebasahan, makanya mama suruh papa pulang dan ambil kanvas besar untuk buat tempat berteduh anak-anak rumah kuning ๐
Mama dulu darjah 1 sampai tingkatan 5 adalah pemegang sejati kad rumah kuning jadi mestilah mama pun sorak kuning kuning ๐ฉ๐ฉ๐ฉ๐ฉ
Papa menyelamatkan keadaan โค
Alhamdulillah tak lama kemudian hujan berhenti dan acara sukan dimulakan semula. Terima kasih Allah kerana mendengar doa kami semua ๐โค
Jom layan gambar la ye ๐โค
Acara bersama dengan Mualim ๐
Bersedia ๐ช๐ช
Rakan sekelas Harraz โค
Bersedia untuk acara lari 100 meter berganti ๐
Sukan ke berjalan ni ๐ค
Harraz dengan pasukan rumah kuning.
Rakan baik.
Acara tamat jom balik mama panas anak oiii ๐
No comments:
Post a Comment