Dunia Saya 〰 Jahitan

Sunday, March 19, 2017

Car Boot Sale - Kota Damansara

Teks dan foto - nelly sofni azmi



Assalamualaikum semua....

Hari ini 19 Mac 2017 (Ahad) saya berada di jualan dari but kereta di Kota Damansara pula. Macam biasalah saya memang suka berniaga walau di mana pun Insyallah panas pun ok je 😁

Di sini seawal pukul 6.30 pagi sudah ada pengunjung yang datang membeli. Waktu buka secara rasmi adalah pukul 7 hingga 11 pagi.

Berniaga di sini adalah berdasarkan siapa cepat dia punya tapak, jadi haruslah bangun awal. Tapi kan walau di mana pun kita berniaga memang kena awal sebab menjemput rezeki awal pagi kan baik ❤❤

Nak tahu saya jual apa? Ha kat tempat-tempat yang berjualan dari bonet kereta, saya menjual barang terpakai yang masih elok dan berfungsi.

Ada beg, kasut, stroller bayi, mainan, barang yang antik dan koleksi yang diminati ramai. Terima kasih buat semua pelanggan kami yang budiman πŸ‘❤

Jom belek-belek πŸ‘πŸ˜Š




Stroller antik πŸ‘



Thursday, March 16, 2017

Hari Sukan Terakhir Sekolah Rendah Harraz

Teks dan foto - nelly sofni azmi
Email - nellysofniazmi@gmail.com


Hari ni 16 Mac 2017 hari sukan sekolah Harraz. Ini yang terakhir untuk Harraz di sekolah rendah. Lepas ni dah masuk menengah jadi mama dengan papa luangkan masa dari awal hingga habis menyokong Harraz di padang ❤

Harraz masuk 3 acara utama, yang paling Harraz tunggu adalah acara lari 100 meter berganti. Harraz tinggi macam papa, dia suka sangat acara ni. Mama sokong je walau apa acara dia masuk.

Kita dulu-dulu pun mak abah datang intai-intai walau sekejap kan. Jadi kalau ada masa tu apa salah kita raikan dan menyokong anak-anak 😊

30 minit selepas acara bermula hujan turun agak lebat. Kesian anak-anak kebasahan, makanya mama suruh papa pulang dan ambil kanvas besar untuk buat tempat berteduh anak-anak rumah kuning 😊

Mama dulu darjah 1 sampai tingkatan 5 adalah pemegang sejati kad rumah kuning jadi mestilah mama pun sorak kuning kuning 🚩🚩🚩🚩


Papa menyelamatkan keadaan ❤


Alhamdulillah tak lama kemudian hujan berhenti dan acara sukan dimulakan semula. Terima kasih Allah kerana mendengar doa kami semua 😊❤

Jom layan gambar la ye 😊❤



Acara bersama dengan Mualim πŸ‘


Bersedia πŸ’ͺπŸ’ͺ


Rakan sekelas Harraz ❤


Bersedia untuk acara lari 100 meter berganti 😊


Sukan ke berjalan ni πŸ€”


Harraz dengan pasukan rumah kuning.


Rakan baik.


Acara tamat jom balik mama panas anak oiii πŸ˜‚

Wednesday, March 15, 2017

Tote Beg - Tribal

Teks dan foto - nelly sofni azmi
Email - handmadehaus@yahoo.com







Tote Bag (large) - Tribal
RM63.90


πŸ“¬ Pos Laju
(+) RM8 (semenanjung)
(+) RM11 (Sabah/sarawak)

Size (inch) ⏬⏬

πŸ”΅ 14.5 width X 12 height X 2.5 base πŸ”΅

🌼Cotton & curduroy
🌼Zip pocket inside
🌼Fully batting & interfacing


Whatsapp to buy πŸ“©πŸ“ž 0163319849

Friday, March 3, 2017

Ramadhan 2017 Hampir Tiba

Teks ~ Nelly Sofni Azmi
Foto ~ Sumber Google & koleksi peribadi.




Assalamualaikum teman-teman......

Lamanya tidak kemaskini laman blog sendiri dek kerana kesibukan dengan urusan bisnes dan famili yang tak pernah surut. Seperti yang kita tahu Ramadhan 2017 bakal tiba lebih kurang 80+ hari lagi. Gembiranya rasa hati. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini.

Kebiasaannya bila lagi 100 hari menghampiri Ramadhan saya agak sibuk dalam membuat persiapan tempahan-tempahan pelanggan dan membuat 'ready stock' untuk bazaar yang akan saya sertai sewaktu Ramadhan kali ini. Aktiviti normal orang bisnes la kiranya.

Di samping tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk berpuasa, solat dan melakukan pelbagai ibadah lain. Berniaga juga adalah salah satu ibadah yang Allah berikan ganjaran pahala sekiranya kita melaksanakan perniagaan itu dengan baik dan tertib menurut apa yang dibenarkan dalam islam.


Produk saya sendiri berteraskan islamik makanya di waktu Ramadhan kebiasaannya memang melimpah ruah tempahan dan permintaan. Alhadulillah rezeki Allah berikan.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen produk kami saya alu-alukan untuk anda hubungi saya di talian 016 331 9849 (whatsapp) untuk kita bersama-sama berkongsi rezeki dengan memudahkan urusan ramai orang untuk melakukan ibadah terawih.



Produk terlaris.