Dunia Saya 〰 Jahitan

Wednesday, April 12, 2017

Aktiviti Berlari Demi Sihat

Tekd dan foto - nelly sofni azmi



Sambil jalan lari-lari tengok dunia.

Buat banyak kerja dalam satu masa.
Berlari berjalan sambil edit gambar di tab.
Sambil berzikir ingat diri di mana bumi berpijak.
Siap tiga empat urusan dalam satu perjalanan ❤

Singgah ke pasar membeli bahan masakan.
Berlari lagi antara ruang yang sempit.

Masa tu sama antara semua orang ↪ 24jam sama rata.
Antara nak pilih urus dengan baik atau biarkan terbalik.

Siap edit gambar masuk dalam page, IG, blog dan nanti kita blast fb ads pula.
Nak senang bukan mudah, nak susah paling senang.
Pilih pilih dan pilih.

Allah beri kita pilihan untuk yang mana.
Jom pilih ❤

Sambung kerja di rumah pula 😊



Kasut baru , semangat lain macam πŸ˜‚




Sarapan lepas eksesais 😁


Sunday, March 19, 2017

Car Boot Sale - Kota Damansara

Teks dan foto - nelly sofni azmi



Assalamualaikum semua....

Hari ini 19 Mac 2017 (Ahad) saya berada di jualan dari but kereta di Kota Damansara pula. Macam biasalah saya memang suka berniaga walau di mana pun Insyallah panas pun ok je 😁

Di sini seawal pukul 6.30 pagi sudah ada pengunjung yang datang membeli. Waktu buka secara rasmi adalah pukul 7 hingga 11 pagi.

Berniaga di sini adalah berdasarkan siapa cepat dia punya tapak, jadi haruslah bangun awal. Tapi kan walau di mana pun kita berniaga memang kena awal sebab menjemput rezeki awal pagi kan baik ❤❤

Nak tahu saya jual apa? Ha kat tempat-tempat yang berjualan dari bonet kereta, saya menjual barang terpakai yang masih elok dan berfungsi.

Ada beg, kasut, stroller bayi, mainan, barang yang antik dan koleksi yang diminati ramai. Terima kasih buat semua pelanggan kami yang budiman πŸ‘❤

Jom belek-belek πŸ‘πŸ˜Š




Stroller antik πŸ‘



Thursday, March 16, 2017

Hari Sukan Terakhir Sekolah Rendah Harraz

Teks dan foto - nelly sofni azmi
Email - nellysofniazmi@gmail.com


Hari ni 16 Mac 2017 hari sukan sekolah Harraz. Ini yang terakhir untuk Harraz di sekolah rendah. Lepas ni dah masuk menengah jadi mama dengan papa luangkan masa dari awal hingga habis menyokong Harraz di padang ❤

Harraz masuk 3 acara utama, yang paling Harraz tunggu adalah acara lari 100 meter berganti. Harraz tinggi macam papa, dia suka sangat acara ni. Mama sokong je walau apa acara dia masuk.

Kita dulu-dulu pun mak abah datang intai-intai walau sekejap kan. Jadi kalau ada masa tu apa salah kita raikan dan menyokong anak-anak 😊

30 minit selepas acara bermula hujan turun agak lebat. Kesian anak-anak kebasahan, makanya mama suruh papa pulang dan ambil kanvas besar untuk buat tempat berteduh anak-anak rumah kuning 😊

Mama dulu darjah 1 sampai tingkatan 5 adalah pemegang sejati kad rumah kuning jadi mestilah mama pun sorak kuning kuning 🚩🚩🚩🚩


Papa menyelamatkan keadaan ❤


Alhamdulillah tak lama kemudian hujan berhenti dan acara sukan dimulakan semula. Terima kasih Allah kerana mendengar doa kami semua 😊❤

Jom layan gambar la ye 😊❤



Acara bersama dengan Mualim πŸ‘


Bersedia πŸ’ͺπŸ’ͺ


Rakan sekelas Harraz ❤


Bersedia untuk acara lari 100 meter berganti 😊


Sukan ke berjalan ni πŸ€”


Harraz dengan pasukan rumah kuning.


Rakan baik.


Acara tamat jom balik mama panas anak oiii πŸ˜‚

Wednesday, March 15, 2017

Tote Beg - Tribal

Teks dan foto - nelly sofni azmi
Email - handmadehaus@yahoo.com







Tote Bag (large) - Tribal
RM63.90


πŸ“¬ Pos Laju
(+) RM8 (semenanjung)
(+) RM11 (Sabah/sarawak)

Size (inch) ⏬⏬

πŸ”΅ 14.5 width X 12 height X 2.5 base πŸ”΅

🌼Cotton & curduroy
🌼Zip pocket inside
🌼Fully batting & interfacing


Whatsapp to buy πŸ“©πŸ“ž 0163319849

Friday, March 3, 2017

Ramadhan 2017 Hampir Tiba

Teks ~ Nelly Sofni Azmi
Foto ~ Sumber Google & koleksi peribadi.




Assalamualaikum teman-teman......

Lamanya tidak kemaskini laman blog sendiri dek kerana kesibukan dengan urusan bisnes dan famili yang tak pernah surut. Seperti yang kita tahu Ramadhan 2017 bakal tiba lebih kurang 80+ hari lagi. Gembiranya rasa hati. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini.

Kebiasaannya bila lagi 100 hari menghampiri Ramadhan saya agak sibuk dalam membuat persiapan tempahan-tempahan pelanggan dan membuat 'ready stock' untuk bazaar yang akan saya sertai sewaktu Ramadhan kali ini. Aktiviti normal orang bisnes la kiranya.

Di samping tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk berpuasa, solat dan melakukan pelbagai ibadah lain. Berniaga juga adalah salah satu ibadah yang Allah berikan ganjaran pahala sekiranya kita melaksanakan perniagaan itu dengan baik dan tertib menurut apa yang dibenarkan dalam islam.


Produk saya sendiri berteraskan islamik makanya di waktu Ramadhan kebiasaannya memang melimpah ruah tempahan dan permintaan. Alhadulillah rezeki Allah berikan.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen produk kami saya alu-alukan untuk anda hubungi saya di talian 016 331 9849 (whatsapp) untuk kita bersama-sama berkongsi rezeki dengan memudahkan urusan ramai orang untuk melakukan ibadah terawih.



Produk terlaris.


Wednesday, February 22, 2017

Beg Sejadah 2 in 1 - Maksud Asal Sejadah

Teks - sumber asli kamus wikipedia bersama olahan ayat saya.
Foto - Nelly Sofni Azmi



Entri ini adalah khas untuk kita memahami maksud di sebalik perkataan SEJADAH. Keunikan sejadah dalam islam yang perlu kita selusuri.

Jom kenali sejarah SEJADAH.


β„Ή
Sejadah (Arab, Ψ³Ψ¬Ψ§Ψ―Ψ©) adalah tikar kecil digunakan oleh umat Islam sebagai alas untuk menunaikan solat. Penggunaan sejadah bukanlah wajib. Asalnya kegunaan ini berasaskan pada tujuan kebersihan dalam Islam - mencegah dari terkena habuk, atau kuman di lantai.
Sejadah (Bahasa ArabΨ³Ψ¬Ψ§Ψ―Ψ©‎ sajjāda pl. Ψ³Ψ¬Ψ§Ψ¬ΩŠΨ―sajājΔ«d, atau musallahBahasa Turkiseccade atau namazlΔ±kBahasa Parsi: Ψ¬Ψ§Ω†Ω…Ψ§Ψ²UrduΨ¬Ψ§Ω†Ω…Ψ§Ψ²‎ jānamāz) merupakan hamparan kain yang digunakan oleh orang muslim sebagai hamparan antara tanah dan mereka yang bersolat bagi menjaga kebersihan, yang membabitkan sujud dan duduk di atas tanah. Seseorang muslim perlu berwuduk sebelum bersolat dan mengerjakan solat di tempat yang bersih. Kebanyakan sejadah moden dihasilkan di kilang tenun. Reka bentuk sejadah berdasarkan dari kampung mana ia dihasilkan dan penenunnya. Apabila bersolat, sudut pada atas sejadah perlu diarahkan pada arah kiblat bagi bersolat, Mekah. Semua orang muslim diwajibkan mengetahui arah kiblat dari rumah atau ditempat mereka berada.



Sejadah yang kami selalu gunakan dalam penghasilan Beg Sejadah 2 in 1.




Ciri-ciri dan kegunaan SejadahSunting

Sejadah memiliki simbol yang kuat dan secara tradisi di jaga dengan baik. Adalah tidak hormat bagi seseorang meletakkan sejadah di tempat yang kotor (kerana seseorang muslim perlu bersih sebagai menghormati Allah) atau melemparkannya tanpa hormat.

Sejadah secara tradisi dianyam dengan pola segi empat, dengan corak sudut pada hujung kepala. Dalam segi empat itu sendiri, terdapat simbol Islam dan seni bina Islam. Hiasan bukan sahaja penting tetapi memiliki nilai mendalam dalam rekaan sejadah.
Sejadah mempunyai ciri sudut pada satu hujung, yang mewakili mihrab yang terdapat disetiap masjid, penunjuk arah pada Mekah. Kebanyakan sejadah turut menunjukkan satu atau lebih lampu masjid, merujuk pada "Surah An-Nur" (Cahaya) dalam Al-Quran. Masjid khusus kadang-kala dipaparkan; contoh paling popular termasuk masjid di Mekah, Medina, dan terutamanya di Jerusalem.

Hiasan bukan sekadar memainkan peranan sebagai gambaran tetapi juga sebagai pengingatan pada ahli ibadat. Sesetengah contoh termasuk sikat dan kendi, sebagai peringatan pada orang muslim untuk membasuh tangan dan menyikat rambut mereka sebelum bersolat. Satu lagi kegunaan penting yang digunakan sebagai hiasan adalah bagi membantu saudara baru dengan meletakkan gambaran tangan pada sejadah sebagai tempat di mana tangan diletakkan ketika bersolat.
Sejadah biasanya dibuat di bandar atau kampung masyarakat yang menggunakannya dan sering kali dinamakan menurut tempat asal bagi mereka yang menjual atau mengumpulkannya.

Pola sebenar banyak berbeza menurut pengayam asal dan bahan berbeza digunakan. Sesetengah memiliki pola, pewarna dan bahan yang secara tradisi/tempatan pada daerah di mana ia dihasilkan.

Pola sejadah pada umumnya memiliki sudut di bahagian atas, yang diletakkan ke arah Mekah. Semasa bersolat mereka yang bersolat akan melutut pada tengah sejadah dan meletakkan kedua belah tangan mereka di kiri-kanan bahagian atas sejadah, dahinya menyentuh gambaran mihrab.

Sejadah biasa berukuran anggaran 2.5 ka × 4 ka (0.76 m × 1.22 m) - 4 ka × 6 ka (1.2 m × 1.8 m), cukup untuk melutut dan bersujud.
Beberapa negara menghasilkan tekstil dengan corak sejadah untuk eksport. Banyak sejadah moden adalah khusus untuk perdagangan dan dihasilkan dalam jumlah yang besar untuk jualan di pasaran perdagangan antarabangsa atau pasaran pelancong.
Terdapat banyak sejadah yang masih wujud masa kini yang telah dijaga dengan baik yang berusia lebih dari 100 tahun. Dalam kebanyakan kes, ia segera digulung dengan cermat selepas solat.


Keunikan Produk kami Sejadah yang mudah dibawa πŸ‘


Langkah-langkah penggunaan yang mudah πŸ‘



Praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Mudah dan selesa.


Tuesday, February 21, 2017

Petak Sling Beg - Vintage Typewriter

Teks dan foto - Nelly Sofni Azmi







Petak Sling Bag (L size) - Diamond Square
RM64.90

πŸ“¬
(+) RM8 utk pos laju (semenanjung)
(+) RM12 utk Sabah/sarawak


✅Designer cotton & corduroy
✅1zip pocket
✅Magnetic button closure


β„Ή Size
9.5 inch Height X 12.5 inch width X 2.5 inch base


Jom beli πŸ“© 016 331 9849

Bila Mama Membebel Peringatan

Teks dan foto ~ Nelly Sofni Azmi


Pada hari jumaat yang lepas Harraz ada Kem Pengakap di Hulu Selangor anjuran sekolahnya. Kem selama tiga hari dua malam, makanya kesunyianlah mama tak berteman sepanjang ketiadaan Harraz πŸ€”❤

Dan macam biasalah bermula dari hari Isnin beberapa hari sebelum kem, mama membebel dengan macam-macam pesanan, nasihat dan pelbagai lagi peringatan dari seorang ibu. Rasanya semua ibu begini kan hihi.... Bimbang bila anak-anak tiada depan mata. Depan mata pun macam-macam ragam apatah lagi bila berjauhan πŸ˜‚

Walau dah berumur dua belas tahun tapi mama masih akan anggap Harraz masih anak-anak sehinggalah bila-bila pun. Inilah namanya ibu yang sangat prihatin dan sangat sayangkan anaknya. Mana ada ibu ayah yang suka hati nak hidup anaknya hancur kan.

Semua pesanan rasanya dah cukup mama sebut setiap masa di rumah agar Harraz terus ingat. Jangan lupa gosok gigi, minum air banyak-banyak, baju kotor asingkan, makan secukupnya dan entah apa lagilah. Harraz sampai bosan agaknya kan? Tapi sampai saat akhir mama masih membebel hihi....

Bila mualim dan mualimah mula menghantar gambar di 'group whatsapp' kelas perihal aktiviti anak-anak di sana, mama dan ibu ayah yang lain rasa gembira sangat-sangat. Macam seronok dapat lepaskan rindu ❤

Aktiviti ni bagus sebenarnya sebab banyak mengajar cara-cara untuk anak-anak menjadi berdikari di dalam dunia yang serba mencabar ini πŸ‘
Lagipun aktiviti sebeginilah yang mereka perlukan agar dapat memupuk semangat dalam diri anak-anak untuk faham selok belok kehidupan.

Agaknya macam mana ye bila anak-anak sambung pelajaran jauh dari kita?



Harraz dan rakan-rakan sekelas.


Hip ho hip ho hihi....


Lompat jang lompat 😁


Horeyyy tidur dalam khemah.


Ilmu survivor dalam hutan ☺ 


Taklimat jangan nakal 😁

Mencuba Resepi Baru KRR

Teks ~ Nelly Sofni Azmi
Foto ~ sumber google


Saya antara penggemar ayam di KRR Malaysia. Suka sangat dengan set Kennys Quarter Meal tu, makanan kesihatan hihi.....  Bolehlah makan sesekali, selalu memang tak dapatlah sebab harganya agak mahal juga.

Makanya pada hari ahad lepas pergilah dengan famili mencuba menu baru di Kenny Rogers Roasters ~ Spicy Chicken dengan harga promosi RM10.00 untuk sepinggan. Alang-alang baru habis booth di Amcorp Mall, jadi makan di cawangan situ jelah terus.

Komen jujur dari saya, rasanya masih akan setia dengan perisa biasa sebab yang baru ni rasanya agak masam sedikit. Sedap tapi kalau dapat kurangkan sedikit rasa masam tu mungkin lebih ramai peminat akan suka.

Ok sila pergi makan sementara masih ada harga promosi ye kawan-kawan. Rugi tak ambil peluang harga murah tau.

*iklan ini tidak berbayar hihi....




WOW! Great Deal!!!

Flash this e-Voucher to enjoy our special menu, Spicy Chicken Lite Meal at RM10 only!

Period: 17 February till 24 February 2017
Availability: All KRR restaurants

Terms & Conditions:
  1. ,b>Flash e-Voucher to enjoy the offer.
  2. Valid for dine-in only. Not available for take-away, ROASTERS Catering or Delivery.
  3. Discounted item is non exchangeable and cannot be redeemed for cash.
  4. Purchase of discounted item is not entitled for any KRR Card Bonus.
  5. Not valid with other discounts/offers/promotions.
  6. Available at all Kenny Rogers ROASTERS restaurants in Malaysia.
  7. The management reserves the right to replace promotion item with item of similar value without prior notice.
 
 

Thursday, February 16, 2017

Keputusan UPKK Harraz

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Semalam 15 Februari 2017 tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA diumumkan dan mama lah orang yang seribu satu macam rasa ada dalam hati. Dari pagi buat kerja serba tak kena je. Maklumlah anak pertama dapat keputusan peperiksaan besar πŸ˜…

Selama ni tengok anak orang biasa je perasaan tu. Sendiri kena hadapi, serabut jadinya. Memanglah A tu bukan segalanya tapi tak kisah apa keputusan pun tetap debar tu ada kannn...

Alhamdulillah Harraz mama dapat keputusan yang membanggakan semua ahli keluarga. Tahniah sayangku.

Walau apapun keputusan Harraz mama ok je. Yang penting adalah nilai budi pekerti pada manusia dan tuhan. Siapa kita di akhir nafas nanti yang Allah nilaikan ❤

Terima kasih buat semua mualim dan mualimah serta seluruh ahli keluarga yang membantu Harraz tahun lepas πŸ‘πŸ‘

Tahniah anak-anak yang berjaya. Yang sebaliknya pun anda hebat. A banyak atau sikit bukan ukuran siapa kita, jangan bersedih tapi kuatkan semangat untuk jadi lebih hebat di sisi Allah ❤

Ibu ayah yang anak-anak mereka tidak capai keputusan yang kalian harapkan janganlah menghukum mereka ya. Mereka anak amanah kita dunia akhirat. Mereka hebat dengan cara tersendiri.

Selamat tinggal UPKK. 
Selamat datang UPSR dan PSRA , nak demam terus mama πŸ˜‚πŸ˜‚

Dan panjang lagi perjalanan Harraz untuk menjadi manusia yang bergelar insan. Mama sentiasa doakan Harraz berjaya dunia akhirat.

Teruskan belajar untuk episod seterusnya..........



Berdebar sebelum pengumuman hihi....


Lega dah dapat 😊


Tahniah sayang mama ❤❤


Harraz dan rakan-rakan semua 8A, tahniah semua πŸ‘❤



Tuesday, February 14, 2017

Demi Masa

Teks - nelly sofni azmi
Foto - sumber google



Sibuknya minggu ni sampai tak sempat hadap blog untuk menulis. Kadang-kadang terfikir sampai bila nak berkejar masa yang 24 jam tu πŸ€”

Agaknya kita ni kalau diberi 50 jam sehari pun macam tak cukup je kan. Dunia semakin hilang segala rencah kehidupan, semua sibuk kejar masa. Macamlah kalau kejar tu dapat masa lebih πŸ˜‚

Tapi itulah keadaan sekarang, masa asyik cemburu. Baru isnin dah isnin semula. Dengki sangat hari tu dengan kita hihi....

Kalau renung balik apa pencapaian terhebat kita ada? Tanya pada diri. Orang kata tepuk dada tanya selera. Masa kita dah guna dengan baik tak?

Saya suka belek gambar-gambar kat bawah tu. Rasa macam satu motivasi yang kita ni boleh kejar masa tapi biar dengan maksud yang sebenar. Kejar yang berfaedah. Bukan kejar masa dan akhirnya kosong kosong kosong ❔❔❔❔

Jom jadi pemburu masa yang ada kehebatan dunia dan akhirat dalamnya ❤❤






Sunday, February 12, 2017

Stok Lelong - Telekung Cotton

Teks dan foto - nelly sofni azmi










Telekung Solat


LAST PIECE ❤❤❤❤


πŸ’₯ kain cotton 100%.
πŸ’₯ serkup kepala bergetah, tali ikatan yang panjang πŸ‘
πŸ’₯ renda (lace) lebat keliling hujung telekung & kain serta bhgn kepala.
πŸ’₯ double layer kain di bhgn dada, tak jarang dan selesa.
πŸ’₯ warna putih polos bersih.
πŸ’₯ kain labuh sesuai untuk yg tinggi πŸ‘
πŸ’₯ harga pasaran di mall RM220. Harga kami RM16x.xx termasuk pos. Berbaloi2 kan??


↪↪↪↪↪↪HANYA RM140.00 termasuk POS LAJU (SM) ↩↩↩↩↩↩



Whatsapp πŸ“© 016 331 9849
Stok adalah TERHAD


πŸ”₯πŸ”₯ Beli untuk mak, mertua, diri sendiri jom jom hadiahkan utk mereka ☺


Cod area :-

↪Shah Alam 
↪Putra Heights, Subang Jaya
↪Booth di Amcorp Mall PJ
↪Bandar Puteri Puchong

Saturday, February 11, 2017

Slim Tote Beg - The Coffee

Teks dan foto - nelly sofni azmi








Tote Bag (Slim) - The Coffee
RM39.90


πŸ“¬ Pos Laju
(+) RM8 (semenanjung)
(+) RM10 (Sabah/sarawak)

Size (inch)
πŸ”· 16inci Tinggi X 13 inci lebar


🌼Designer Cotton


Whatsapp to buy πŸ“žπŸ“© 0163319849

Barbeque Dengan Keluarga

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Sempena cuti Thaipusam yang lepas (khamis) saya dan adik beradik yang lain buat sambutan sempena hari jadi mak (12 Feb) dan hari terakhir mak bekerja (10 Feb).

Buat di tepi rumah mak je.

Layan gambar dulu ye 😍



Beli bahan-bahan di Pasaraya Matahari


Orang kuat konon πŸ€”πŸ€”πŸ˜…


Tokwan dengan Harraz ❤


Tukang masak bahagian dalam rumah 😁


Mak pura-pura je tu dalam gambar πŸ˜‚


Mari memasak bukan posing ye πŸ€”


Persediaan.


Kambing nak perap buat barbeque ❤


Bakar arang.


Ala-ala mat saleh makan jagung.


Orang kat luar memasak, mereka dalam rumah buat kecah πŸ˜‚πŸ˜‚


Adam je tak kacau orang, budak baik ni ❤



Kita orang buat ringkas seringkasnya tapi sedap la kan hihi.... Bahan barbeque tu kami beli ayam, kambing, sotong, kerang dan beberapa item untuk anak-anak makan.

Untuk sos perapan pula adik saya buat sendiri je. Jimat kata menteri kan. Jadi kenalah ikut saranan mereka πŸ˜…

Makan-makan dan makan, itu aktiviti dari tengahari hingga ke petang. Meluangkan masa berkualiti sembang entah apa-apa hal semua bercampur. Dan yang utama tentulah hal anak cucu hihi....

Sayangi keluarga kita selagi mereka masih ada bernafas. Tak perlu ayat yang manis atau hadiah yang mahal. Tapi cukuplah memberikan kasih sayang yang tiada tandingan nilainya ❤❤