Dunia Saya 〰 Jahitan

Wednesday, February 22, 2017

Beg Sejadah 2 in 1 - Maksud Asal Sejadah

Teks - sumber asli kamus wikipedia bersama olahan ayat saya.
Foto - Nelly Sofni Azmi



Entri ini adalah khas untuk kita memahami maksud di sebalik perkataan SEJADAH. Keunikan sejadah dalam islam yang perlu kita selusuri.

Jom kenali sejarah SEJADAH.


Sejadah (Arab, سجادة) adalah tikar kecil digunakan oleh umat Islam sebagai alas untuk menunaikan solat. Penggunaan sejadah bukanlah wajib. Asalnya kegunaan ini berasaskan pada tujuan kebersihan dalam Islam - mencegah dari terkena habuk, atau kuman di lantai.
Sejadah (Bahasa Arabسجادة‎ sajjāda pl. سجاجيدsajājīd, atau musallahBahasa Turkiseccade atau namazlıkBahasa Parsi: جانمازUrduجانماز‎ jānamāz) merupakan hamparan kain yang digunakan oleh orang muslim sebagai hamparan antara tanah dan mereka yang bersolat bagi menjaga kebersihan, yang membabitkan sujud dan duduk di atas tanah. Seseorang muslim perlu berwuduk sebelum bersolat dan mengerjakan solat di tempat yang bersih. Kebanyakan sejadah moden dihasilkan di kilang tenun. Reka bentuk sejadah berdasarkan dari kampung mana ia dihasilkan dan penenunnya. Apabila bersolat, sudut pada atas sejadah perlu diarahkan pada arah kiblat bagi bersolat, Mekah. Semua orang muslim diwajibkan mengetahui arah kiblat dari rumah atau ditempat mereka berada.



Sejadah yang kami selalu gunakan dalam penghasilan Beg Sejadah 2 in 1.




Ciri-ciri dan kegunaan SejadahSunting

Sejadah memiliki simbol yang kuat dan secara tradisi di jaga dengan baik. Adalah tidak hormat bagi seseorang meletakkan sejadah di tempat yang kotor (kerana seseorang muslim perlu bersih sebagai menghormati Allah) atau melemparkannya tanpa hormat.

Sejadah secara tradisi dianyam dengan pola segi empat, dengan corak sudut pada hujung kepala. Dalam segi empat itu sendiri, terdapat simbol Islam dan seni bina Islam. Hiasan bukan sahaja penting tetapi memiliki nilai mendalam dalam rekaan sejadah.
Sejadah mempunyai ciri sudut pada satu hujung, yang mewakili mihrab yang terdapat disetiap masjid, penunjuk arah pada Mekah. Kebanyakan sejadah turut menunjukkan satu atau lebih lampu masjid, merujuk pada "Surah An-Nur" (Cahaya) dalam Al-Quran. Masjid khusus kadang-kala dipaparkan; contoh paling popular termasuk masjid di Mekah, Medina, dan terutamanya di Jerusalem.

Hiasan bukan sekadar memainkan peranan sebagai gambaran tetapi juga sebagai pengingatan pada ahli ibadat. Sesetengah contoh termasuk sikat dan kendi, sebagai peringatan pada orang muslim untuk membasuh tangan dan menyikat rambut mereka sebelum bersolat. Satu lagi kegunaan penting yang digunakan sebagai hiasan adalah bagi membantu saudara baru dengan meletakkan gambaran tangan pada sejadah sebagai tempat di mana tangan diletakkan ketika bersolat.
Sejadah biasanya dibuat di bandar atau kampung masyarakat yang menggunakannya dan sering kali dinamakan menurut tempat asal bagi mereka yang menjual atau mengumpulkannya.

Pola sebenar banyak berbeza menurut pengayam asal dan bahan berbeza digunakan. Sesetengah memiliki pola, pewarna dan bahan yang secara tradisi/tempatan pada daerah di mana ia dihasilkan.

Pola sejadah pada umumnya memiliki sudut di bahagian atas, yang diletakkan ke arah Mekah. Semasa bersolat mereka yang bersolat akan melutut pada tengah sejadah dan meletakkan kedua belah tangan mereka di kiri-kanan bahagian atas sejadah, dahinya menyentuh gambaran mihrab.

Sejadah biasa berukuran anggaran 2.5 ka × 4 ka (0.76 m × 1.22 m) - 4 ka × 6 ka (1.2 m × 1.8 m), cukup untuk melutut dan bersujud.
Beberapa negara menghasilkan tekstil dengan corak sejadah untuk eksport. Banyak sejadah moden adalah khusus untuk perdagangan dan dihasilkan dalam jumlah yang besar untuk jualan di pasaran perdagangan antarabangsa atau pasaran pelancong.
Terdapat banyak sejadah yang masih wujud masa kini yang telah dijaga dengan baik yang berusia lebih dari 100 tahun. Dalam kebanyakan kes, ia segera digulung dengan cermat selepas solat.


Keunikan Produk kami Sejadah yang mudah dibawa 👍


Langkah-langkah penggunaan yang mudah 👍



Praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Mudah dan selesa.


Tuesday, February 21, 2017

Petak Sling Beg - Vintage Typewriter

Teks dan foto - Nelly Sofni Azmi







Petak Sling Bag (L size) - Diamond Square
RM64.90

📬
(+) RM8 utk pos laju (semenanjung)
(+) RM12 utk Sabah/sarawak


✅Designer cotton & corduroy
✅1zip pocket
✅Magnetic button closure


ℹ Size
9.5 inch Height X 12.5 inch width X 2.5 inch base


Jom beli 📩 016 331 9849

Bila Mama Membebel Peringatan

Teks dan foto ~ Nelly Sofni Azmi


Pada hari jumaat yang lepas Harraz ada Kem Pengakap di Hulu Selangor anjuran sekolahnya. Kem selama tiga hari dua malam, makanya kesunyianlah mama tak berteman sepanjang ketiadaan Harraz 🤔❤

Dan macam biasalah bermula dari hari Isnin beberapa hari sebelum kem, mama membebel dengan macam-macam pesanan, nasihat dan pelbagai lagi peringatan dari seorang ibu. Rasanya semua ibu begini kan hihi.... Bimbang bila anak-anak tiada depan mata. Depan mata pun macam-macam ragam apatah lagi bila berjauhan 😂

Walau dah berumur dua belas tahun tapi mama masih akan anggap Harraz masih anak-anak sehinggalah bila-bila pun. Inilah namanya ibu yang sangat prihatin dan sangat sayangkan anaknya. Mana ada ibu ayah yang suka hati nak hidup anaknya hancur kan.

Semua pesanan rasanya dah cukup mama sebut setiap masa di rumah agar Harraz terus ingat. Jangan lupa gosok gigi, minum air banyak-banyak, baju kotor asingkan, makan secukupnya dan entah apa lagilah. Harraz sampai bosan agaknya kan? Tapi sampai saat akhir mama masih membebel hihi....

Bila mualim dan mualimah mula menghantar gambar di 'group whatsapp' kelas perihal aktiviti anak-anak di sana, mama dan ibu ayah yang lain rasa gembira sangat-sangat. Macam seronok dapat lepaskan rindu ❤

Aktiviti ni bagus sebenarnya sebab banyak mengajar cara-cara untuk anak-anak menjadi berdikari di dalam dunia yang serba mencabar ini 👍
Lagipun aktiviti sebeginilah yang mereka perlukan agar dapat memupuk semangat dalam diri anak-anak untuk faham selok belok kehidupan.

Agaknya macam mana ye bila anak-anak sambung pelajaran jauh dari kita?



Harraz dan rakan-rakan sekelas.


Hip ho hip ho hihi....


Lompat jang lompat 😁


Horeyyy tidur dalam khemah.


Ilmu survivor dalam hutan ☺ 


Taklimat jangan nakal 😁

Mencuba Resepi Baru KRR

Teks ~ Nelly Sofni Azmi
Foto ~ sumber google


Saya antara penggemar ayam di KRR Malaysia. Suka sangat dengan set Kennys Quarter Meal tu, makanan kesihatan hihi.....  Bolehlah makan sesekali, selalu memang tak dapatlah sebab harganya agak mahal juga.

Makanya pada hari ahad lepas pergilah dengan famili mencuba menu baru di Kenny Rogers Roasters ~ Spicy Chicken dengan harga promosi RM10.00 untuk sepinggan. Alang-alang baru habis booth di Amcorp Mall, jadi makan di cawangan situ jelah terus.

Komen jujur dari saya, rasanya masih akan setia dengan perisa biasa sebab yang baru ni rasanya agak masam sedikit. Sedap tapi kalau dapat kurangkan sedikit rasa masam tu mungkin lebih ramai peminat akan suka.

Ok sila pergi makan sementara masih ada harga promosi ye kawan-kawan. Rugi tak ambil peluang harga murah tau.

*iklan ini tidak berbayar hihi....




WOW! Great Deal!!!

Flash this e-Voucher to enjoy our special menu, Spicy Chicken Lite Meal at RM10 only!

Period: 17 February till 24 February 2017
Availability: All KRR restaurants

Terms & Conditions:
  1. ,b>Flash e-Voucher to enjoy the offer.
  2. Valid for dine-in only. Not available for take-away, ROASTERS Catering or Delivery.
  3. Discounted item is non exchangeable and cannot be redeemed for cash.
  4. Purchase of discounted item is not entitled for any KRR Card Bonus.
  5. Not valid with other discounts/offers/promotions.
  6. Available at all Kenny Rogers ROASTERS restaurants in Malaysia.
  7. The management reserves the right to replace promotion item with item of similar value without prior notice.
 
 

Thursday, February 16, 2017

Keputusan UPKK Harraz

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Semalam 15 Februari 2017 tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA diumumkan dan mama lah orang yang seribu satu macam rasa ada dalam hati. Dari pagi buat kerja serba tak kena je. Maklumlah anak pertama dapat keputusan peperiksaan besar 😅

Selama ni tengok anak orang biasa je perasaan tu. Sendiri kena hadapi, serabut jadinya. Memanglah A tu bukan segalanya tapi tak kisah apa keputusan pun tetap debar tu ada kannn...

Alhamdulillah Harraz mama dapat keputusan yang membanggakan semua ahli keluarga. Tahniah sayangku.

Walau apapun keputusan Harraz mama ok je. Yang penting adalah nilai budi pekerti pada manusia dan tuhan. Siapa kita di akhir nafas nanti yang Allah nilaikan ❤

Terima kasih buat semua mualim dan mualimah serta seluruh ahli keluarga yang membantu Harraz tahun lepas 👍👍

Tahniah anak-anak yang berjaya. Yang sebaliknya pun anda hebat. A banyak atau sikit bukan ukuran siapa kita, jangan bersedih tapi kuatkan semangat untuk jadi lebih hebat di sisi Allah ❤

Ibu ayah yang anak-anak mereka tidak capai keputusan yang kalian harapkan janganlah menghukum mereka ya. Mereka anak amanah kita dunia akhirat. Mereka hebat dengan cara tersendiri.

Selamat tinggal UPKK. 
Selamat datang UPSR dan PSRA , nak demam terus mama 😂😂

Dan panjang lagi perjalanan Harraz untuk menjadi manusia yang bergelar insan. Mama sentiasa doakan Harraz berjaya dunia akhirat.

Teruskan belajar untuk episod seterusnya..........



Berdebar sebelum pengumuman hihi....


Lega dah dapat 😊


Tahniah sayang mama ❤❤


Harraz dan rakan-rakan semua 8A, tahniah semua 👍❤



Tuesday, February 14, 2017

Demi Masa

Teks - nelly sofni azmi
Foto - sumber google



Sibuknya minggu ni sampai tak sempat hadap blog untuk menulis. Kadang-kadang terfikir sampai bila nak berkejar masa yang 24 jam tu 🤔

Agaknya kita ni kalau diberi 50 jam sehari pun macam tak cukup je kan. Dunia semakin hilang segala rencah kehidupan, semua sibuk kejar masa. Macamlah kalau kejar tu dapat masa lebih 😂

Tapi itulah keadaan sekarang, masa asyik cemburu. Baru isnin dah isnin semula. Dengki sangat hari tu dengan kita hihi....

Kalau renung balik apa pencapaian terhebat kita ada? Tanya pada diri. Orang kata tepuk dada tanya selera. Masa kita dah guna dengan baik tak?

Saya suka belek gambar-gambar kat bawah tu. Rasa macam satu motivasi yang kita ni boleh kejar masa tapi biar dengan maksud yang sebenar. Kejar yang berfaedah. Bukan kejar masa dan akhirnya kosong kosong kosong ❔❔❔❔

Jom jadi pemburu masa yang ada kehebatan dunia dan akhirat dalamnya ❤❤






Sunday, February 12, 2017

Stok Lelong - Telekung Cotton

Teks dan foto - nelly sofni azmi










Telekung Solat


LAST PIECE ❤❤❤❤


💥 kain cotton 100%.
💥 serkup kepala bergetah, tali ikatan yang panjang 👍
💥 renda (lace) lebat keliling hujung telekung & kain serta bhgn kepala.
💥 double layer kain di bhgn dada, tak jarang dan selesa.
💥 warna putih polos bersih.
💥 kain labuh sesuai untuk yg tinggi 👍
💥 harga pasaran di mall RM220. Harga kami RM16x.xx termasuk pos. Berbaloi2 kan??


↪↪↪↪↪↪HANYA RM140.00 termasuk POS LAJU (SM) ↩↩↩↩↩↩



Whatsapp 📩 016 331 9849
Stok adalah TERHAD


🔥🔥 Beli untuk mak, mertua, diri sendiri jom jom hadiahkan utk mereka ☺


Cod area :-

↪Shah Alam 
↪Putra Heights, Subang Jaya
↪Booth di Amcorp Mall PJ
↪Bandar Puteri Puchong

Saturday, February 11, 2017

Slim Tote Beg - The Coffee

Teks dan foto - nelly sofni azmi








Tote Bag (Slim) - The Coffee
RM39.90


📬 Pos Laju
(+) RM8 (semenanjung)
(+) RM10 (Sabah/sarawak)

Size (inch)
🔷 16inci Tinggi X 13 inci lebar


🌼Designer Cotton


Whatsapp to buy 📞📩 0163319849

Barbeque Dengan Keluarga

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Sempena cuti Thaipusam yang lepas (khamis) saya dan adik beradik yang lain buat sambutan sempena hari jadi mak (12 Feb) dan hari terakhir mak bekerja (10 Feb).

Buat di tepi rumah mak je.

Layan gambar dulu ye 😍



Beli bahan-bahan di Pasaraya Matahari


Orang kuat konon 🤔🤔😅


Tokwan dengan Harraz ❤


Tukang masak bahagian dalam rumah 😁


Mak pura-pura je tu dalam gambar 😂


Mari memasak bukan posing ye 🤔


Persediaan.


Kambing nak perap buat barbeque ❤


Bakar arang.


Ala-ala mat saleh makan jagung.


Orang kat luar memasak, mereka dalam rumah buat kecah 😂😂


Adam je tak kacau orang, budak baik ni ❤



Kita orang buat ringkas seringkasnya tapi sedap la kan hihi.... Bahan barbeque tu kami beli ayam, kambing, sotong, kerang dan beberapa item untuk anak-anak makan.

Untuk sos perapan pula adik saya buat sendiri je. Jimat kata menteri kan. Jadi kenalah ikut saranan mereka 😅

Makan-makan dan makan, itu aktiviti dari tengahari hingga ke petang. Meluangkan masa berkualiti sembang entah apa-apa hal semua bercampur. Dan yang utama tentulah hal anak cucu hihi....

Sayangi keluarga kita selagi mereka masih ada bernafas. Tak perlu ayat yang manis atau hadiah yang mahal. Tapi cukuplah memberikan kasih sayang yang tiada tandingan nilainya ❤❤



Thursday, February 9, 2017

Persediaan Kejutan Untuk Mak

Teks dan foto - nelly sofni azmi



Bekerja sehingga lewat malam hari ini menyiapkan tempahan pelanggan. Dan sambil tu menjahit sampul untuk mengisi duit kertas buat mak esok 😊

'Pouch' khas untuk meletakkan hadiah harijadi mak. Mak lahir 12 Februari 1957 tapi kami sengaja buat sambutan 'suprise' untuk mak esok sempena semua ahli keluarga cuti.

Mak tak tahu ada kejutan nanti ❤



Sampul untuk mak ❤


Tahun ni lebih bermakna sebab pada hari jumaat 10 Februari 2017 ini adalah hari terakhir mak menjadi seorang pekerja di sebuah syarikat yang penting di Malaysia. Setelah puluhan tahun berkhidmat, akhirnya mak boleh goyang kaki pula di rumah 😊


60 tahun ❤ hatiku


Mak seorang yang kuat bekerja dan sangat bersedikasi pada pekerjaannya. Selalu mendapat pelbagai anugerah cemerlang. Saya bangga dengan mak ❤

Ops....pasal kejutan tu, kami adik beradik sepakat (setelah hampir hilang kesepakatan dalam kumpulan whatsapp hahaha) nak buat 'barbeque' sahaja, idea asal dari saya hihi....

Memandangkan tugasan menyiapkan urusan 'barbeque' ni agak remeh, makanya kami telah memberikan tugasan pada setiap individu.

Hoyeahhh....saya tawarkan diri untuk membeli bahan membakar nanti.

Opss dah lambat ni nak siapkan kerja.
Ok lah kita sambung nanti ya 😊

Tuesday, February 7, 2017

Tote Beg - My Cat

Teks dan foto - nelly sofni azmi
Email - handmadehaus@yahoo.com







Tote Bag (large) - My Cat
RM63.90


📬 Pos Laju
(+) RM8 (semenanjung)
(+) RM11 (Sabah/sarawak)

Size (inch) ⏬⏬

🔵 14.5 width X 12 height X 2.5 base 🔵

🌼Cotton & curduroy
🌼Zip pocket inside
🌼Fully batting & interfacing


Whatsapp to buy 📩📞 0163319849

Mont Kiara Flea Market

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Hari ni kami berada di bazaar 'flea market' Mont Kiara, Hartamas dari pukul 11 pagi hingga 7 malam.

Seperti biasa saya akan berada di sini untuk melayan pelanggan-pelanggan kesayangan. Berniaga ni adalah minat saya yang paling disukai ❤

Walaupun penat saya gembira bila dapat berada di kalangan rakan-rakan peniaga dan pembeli. Sebabnya ⤵

⏩ boleh memantapkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik.
⏩ menambah kenalan dan pelanggan baru.
⏩ memahami selok belok bisnes terkini.
⏩ dan paling seronok ↪ boleh membeli belah juga hahaha.....

Berniaga kena ada pelbagai 'killer skill' kata mereka yang hebat-hebat dalam bisnes. Jadi ini di antara cara saya mencari, menggali dan menghadam ilmu percuma.

Jom singgah ke booth saya ya ❤❤



Plaza Mont Kiara


Booth saya ❤


Rakan saya Paris 😊


Kipas kecil yang wajib 😂



Monday, February 6, 2017

Entri Terakhir - Kelas Penulisan

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Assalamualaikum....

Akhirnya tiba ke garisan penamat entri terakhir saya yang ke 44 dalam kelas Asas Penulisan kelolaan Puan Masayu Ahmad. 

44 je? Mudah je tu. Hahaha.....nampak mudah tapi jujurnya jika banyak yang kita sudah tinggalkan dibelakang memang jauh dari mudah 😅
Dan saya sendiri kalah, cuma rasa bangga pada diri sendiri sebab berjaya menamatkan secepat mungkin.

Di dalam kesibukan menyiapkan tempahan pelanggan, berada di booth jualan, menguruskan urusan harian rumahtangga, berlari-lari di antara setiap masa yang ada 24jam itu, jujurnya sangat mencabar.

Dahulu sudah ada beberapa blog, namun itu kisah hampir seusia anak saya, jauh tertinggal. Malahan kata kunci dan email pun tak pasti apa dalam ingatan. Sekarang cuba menulis semula untuk dijadikan entri diari kehidupan buat tatapan generasi sendiri. Harapnya kali ini istiqamah dalam menulis 😊


Alhamdulillah dengan pecutan dan rangsangan dari rakan-rakan sepenulisan serta cikgu, saya berjaya menghabiskan tugasan walau terlewat sedikit dari tarikh akhir 😅😅

Di dalam kelas ini saya belajar beberapa perkara tentang penulisan. Yang paling banyak berubah adalah cara saya menulis dengan mencuba sedaya upaya tidak menggunakan perkataan yang dipendekkan seperti yang menjadi YG.

Pada saya ia mengajar kita untuk menyantuni dan menghormati bahasa ibunda Malaysia yang tercinta. Selain dari itu kelas ini menjadikan saya sentiasa memerhati keadaan sekeliling untuk dijadikan bahan cerita.

Jauh lagi dari sempurna namun saya harap dapat sokongan dan teguran membina dari rakan-rakan blogger yang lain ❤

Jangan berhenti menulis 😊



Petak Sling Beg - Diamond Square

Teks dan foto - nelly sofni azmi





Petak Sling Bag (L size) - Diamond Square
RM64.90

📬
(+) RM8 utk pos laju (semenanjung)
(+) RM12 utk Sabah/sarawak


✅Designer cotton & corduroy
✅1zip pocket
✅Magnetic button closure


ℹ Size
9.5 inch Height X 12.5 inch width X 2.5 inch base


Jom beli 📩 016 331 9849

Bila Benang Habis

Teks dan foto - nelly sofni azmi


Perkara paling tak disukai dalam menjahit ada 2 ⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠

1 - saya tak suka tetas benang 😅
2 - oh lagi tak suka gulung benang masuk ke bobbin 😓

Dua perkara yang membuatkan hati bergaduh dengan benang hihi... 
Dan ia selalu berlaku di saat nak cepat. Tiba-tiba benang habis! Tiba-tiba kena tetas benang!

Siapa suka 2 perkara ni?

Bila kotak bobbin kosong. Senyum sehabis manis mengisi semula dia jadi penuh smabil menulis blog ❤
Ha nasib baik tak buang masa kan kan....

Jom isi benang. Kerja banyak benang habis mana boleh buat kerja. Siapa nak kerja separuh masa isi benang angkat papan kekunci 😁😁😁



Kosong kosong kosong



Oh my bobbin 😂



Proses gulung gulung dan gulung hoyeahhh 😂



Bila dah penuh memang seronok ❤❤





Teks dan foto - nelly sofni azmi







BEG SEJADAH 2 in 1

🌼 Sejadah standard size, medium ketebalan.
🌼 Kain cotton/linen/silk (mudah cuci).
🌼 Mudah di bawa ke pejabat, Sekolah, percutian @ di simpan dalam kereta.🕌🕋🌍
🌼 Menggunakan 2 zip berkualiti utk memberikan ketahanan pada beg.
🌼 Muat utk mengisi telekung, pelikat, Al Quran kecil, Tasbih.
🌼 Boleh dijadikan sebagai bantal juga (tanpa Quran di dalam) 😊
🌼 Hadiah yang menarik untuk semua golongan. Wedding gift/ door gift / etc.


Dapatkan sekarang Whatsapp kami 📩 016 331 9849 📩 

💥 Pelbagai corak menarik berubah setiap minggu.
💥 Harga murah dengan produk yang hebat 👍👍 


⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 

ℹ Harga💲

RM49.00
+ pos laju
RM10.00 (semenanjung)
RM13.00 (sabah/sarawak) 

⤴⤴⤴⤴⤴⤴⤴⤴⤴⤴⤴⤴⤴⤴⤴


Whatsapp sekarang untuk corak terkini. 📩 016 331 9849 📩

Hadiah yang berganda pahala buat semua ❤